Pos Pulau Sebatik Dalam Wilayah Malaysia, Bukan Indonesia

Diterbitkan: Jumaat, 30 Januari 2015 3:18 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pembinaan sebuah pos kawalan keselamatan di Pulau Sebatik, yang terletak di sempadan Tawau, Sabah dengan Pulau Nunukan di Kalimantan, Indonesia, adalah dalam wilayah Malaysia, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata pembinaan pos kawalan itu bukan sahaja dalam wilayah Malaysia, malah lokasinya juga terletak jauh dari kawasan sempadan antara kedua-dua negara.

"Pulau Sebatik itu separuh adalah kepunyaan Indonesia dan separuh lagi Malaysia. Tapi pembinaan pos kawalan ini 100 peratus dalam kawasan milik Malaysia.

"Sempadan Malaysia dan Indonesia adalah di tengah-tengah laluan air sehingga ke selatan Pulau Borneo dan utara Pulau Sebatik," katanya.

Wan Junaidi berkata pembinaan pos kawalan itu yang dijangka siap dan beroperasi sepenuhnya tahun depan bertujuan mengekang kegiatan penyeludupan selain membanteras kemasukan pendatang asing tanpa izin dari negara jiran.

"Bila siap nanti kita akan letak polis, tentera, penguat kuasa maritim di pos kawalan itu dan ia akan dikendalikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya.

Wan Junaidi mengulas mengenai laporan portal berita Indonesia pada 28 Jan lepas yang menyatakan penduduk di Tanjung Kayu Mati, yang dikongsi oleh  kedua-dua negara, mendakwa melihat pos kawalan baharu yang dibina oleh Malaysia di kawasan yang mereka percaya berada dalam wilayah Indonesia.

Wakil majlis perundangan wilayahnya, Niko Hartono dilaporkan menggesa pihak berkuasa Indonesia untuk mengajukan persoalan itu dengan Malaysia, bagi memastikan pos kawalan itu tidak menceroboh wilayah Indonesia.

Tags / Kata Kunci: Pulau Sebatik , Indonesia

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan