BN Cari Formula Terbaik Selesai Kemelut MIC - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 30 Januari 2015 6:55 PM

Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Tertinggi Umno di Menara Dato' Onn pada Jumaat. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (kiri). -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mencari formula terbaik bagi menyelesaikan kemelut dalaman MIC.

Najib yang juga Presiden Umno berkata, moratorium (penangguhan) yang dipersetujui kepimpinan tertinggi MIC membolehkan satu perbincangan bersama diadakan.

"MIC menghormati moratorium sementara waktu ini, Jadi saya dan timbalan presiden akan memikir apakah formula yang terbaik untuk menyelesaikan krisis MIC.

"Sebab MIC merupakan rakan kita yang penting dalam BN. Kita memerlukan sebuah MIC yang kukuh dan boleh bantu kita dalam semua aspek," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' Onn pada Jumaat.

Ditanya sama ada peletakan jawatan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel merupakan antara formula yang difikirkan mampu menyelesaikan krisis dalaman MIC, Perdana Menteri berkata: "Kita tengah tengok dulu apakah formula yang sebaik-baiknya," katanya.

Perbezaan pendapat timbul dalam MIC selepas Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 5 Disember lalu mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula bagi tiga jawatan Naib Presiden dan 23 kerusi Jawatankuasa Kerja Pusat dalam tempoh 90 hari.

Arahan itu susulan dakwaan wujud perkara yang melanggar peraturan dalam pemilihan pada mesyuarat agung MIC ke-68 di Melaka pada 30 November 2013.

Tags / Kata Kunci: BN , Umno , MIC

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan