Kerajaan Pastikan MAS Bayar Pampasan Kepada Keluarga MH370 - Liow

Diterbitkan: Jumaat, 30 Januari 2015 4:42 PM

Liow Tiong Lai.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memantau dan memastikan Malaysia Airlines (MAS) membayar pampasan kepada anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata perkara itu turut dipersetujui oleh kerajaan China bagi memastikan segala kebajikan, masalah dan permintaan anggota keluarga terbabit, susulan pengisytiharan kerajaan bahawa pesawat MH370 sebagai nahas dan kesemua penumpang dan anak kapal dianggap telah terkorban.

"Kita akan memastikan MAS bertangungjawab untuk berhubung dengan waris terdekat mangsa dan berbincang dalam apa sudut bagi memudahkan apa-apa permintaan anggota keluarga penumpang dan anak kapal MH370," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pemantapan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Cina di Wisma MCA di sini, Jumaat.

Liow berkata beliau serta Jawatankuasa Waris MH370 akan memantau perkembangan kebajikan anggota keluarga berkenaan.

"Jawatankuasa itu juga turut mewujudkan laman web bagi memudahkan anggota mendapatkan maklumat terkini dan mengemukakan sebarang pertanyaan berhubung perkembangan misi pencarian MH370," katanya.

Liow menegaskan bahawa kerajaan mempunyai pelan komprehensif bekerjasama dengan China dan Australia bagi meneruskan misi pencarian pesawat malang itu di Lautan Hindi tanpa suatu jangka masa dan kos yang ditetapkan.

Katanya, setakat ini, empat kapal termasuk Fugro Supporter kini selesai menjalani pencarian sejauh 16,000 kilometer (km) persegi daripada 60,000 km ruang yang ditetapkan di Lautan Hindi.

Ditanya mengenai pengisytiharan oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) berhubung insiden pesawat itu adalah satu kemalangan, Liow berkata pengumuman semalam adalah berdasarkan konvensyen yang ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

"Pengumuman itu bukan bermakna operasi ditamatkan. 

Apabila pesawat itu tidak sampai ke destinasinya, setelah misi pencarian ditamatkan perlu memberitahu orang ramai tentang keputusan ini.

"Pengumuman itu tidak berkaitan dengan penghentian operasi kerana ia ada beberapa definisi jika pesawat tidak sampai ke destinasinya," katanya.

Pesawat Boeing 777 itu yang membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang, hilang daripada radar ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi pada 8 Mac, 2014. 

Ia dijadualkan mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Sementara itu, kira-kira 350 guru dan pensyarah dari institusi pendidikan guru (IPG) dari Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka menyertai seminar dua hari bermula pada Jumaat.

Terdahulu, ketika berucap dalam bahasa Mandarin pada majlis itu, Liow yang juga presiden MCA berkata masyarakat Cina di negara seharusnya bangga kerana diberi peluang menguasai bahasa ibunda yang menyebabkan mereka dapat bertutur lebih daripada dua bahasa.

"Sekolah-sekolah Cina di negara ini bukan hanya terdiri daripada murid-murid berbangsa Cina, malah ibu bapa kaum bukan Cina turut menghantar anak mereka ke sekolah Jenis Kebangsaan Cina untuk mempelajari bahasa ketiga," katanya.

Tags / Kata Kunci: Liow Tiong Lai , MH370

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan