FWCMS: Pelaksanaan Bio-Perubatan & VDR Ditangguh

Diterbitkan: Jumaat, 30 Januari 2015 5:21 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelaksanaan modul bio-perubatan dan permohonan secara elektronik bagi Visa dengan Rujukan (eVDR) dalam Sistem Pengurusan Setempat Pekerja Asing (FWCMS) yang dikuatkuasakan pada 15 Januari lalu ditangguhkan serta-merta.

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Kawalan), Datuk Sakib Kusmi dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, penangguhan itu akan memberi laluan kepada jabatan itu dan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi meneliti dan memperhalusi dasar-dasar yang berkaitan.

Tambahnya, ia turut memberi ruang kepada mereka mengkaji semula pandangan dan maklum balas daripada orang ramai khususnya majikan.

"Dengan penangguhan pelaksanaan sistem FWCMS ini, semua permohonan Visa Dengan Rujukan (VDR) di kaunter imigresen dibuka semula mulai hari ini (Jumaat).

"Jabatan Imigresen mengingatkan bahawa segala urusan di kaunter hendaklah teratur dan dibuat oleh majikan atau wakil majikan yang sah sahaja," katanya dalam satu kenyataan.







Tags / Kata Kunci: FWCMS , Sakib Kusmi , Imigresen

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan