Australia Kekal Komited Cari MH370 - JACC

Diterbitkan: Jumaat, 30 Januari 2015 11:16 AM

Australia komited dalam meneruskan pencarian pesawat MH370.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Australia kekal komited dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang, kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) pada Jumaat.

Ia juga memberi jaminan negara itu akan terus bekerjasama dengan kerajaan Malaysia dan China demi untuk keluarga penumpang dan anak kapal pesawat itu dan kalangan mereka yang menggunakan perkhidmatan kapal terbang.

"Kami faham anggota keluarga kepada mereka yang berada dalam pesawat MH370 sedang mengalami kesedihan yang amat sangat, lebih-lebih lagi tanpa tahu punca  pesawat itu hilang.

"Memberi sokongan kepada anggota keluarga terbabit, terutama pada saat sukar  ini akan terus menjadi keutamaan," menurut JACC dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, Jumaat.

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan pengumuman oleh kerajaan Malaysia semalam bahawa kehilangan MH370 diisytiharkan sebagai nahas dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal dianggap telah terkorban.

Penerbangan MH370 hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac tahun lepas ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Sebanyak 153 orang daripada penumpang merupakan warga China; 38 warga Malaysia; tujuh warga Indonesia dan enam warga Australia. 

Pesawat Boeing 777 itu masih belum ditemukan, malahan selepas misi mencari besar-besaran digerakkan di selatan Lautan Hindi, tempat ia dipercayai terjatuh selepas melencong daripada laluan.

Tags / Kata Kunci: Mh370

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan