Pastikan Rumah PPR Sentiasa Diselenggara - Rohani Karim

Diterbitkan: Khamis, 29 Januari 2015 3:22 PM

Rohani (kanan) memberi kata-kata semangat kepada Norsahura Sahara Mohamad, 35, yang kehilangan anak lelakinya berusia lima tahun, Muhammad Zul Hazriq Danish Alden yang dipecayai meninggal dunia selepas terjatuh dari susur di koridor flat yang didiaminya di tingkat enam, PPR Seksyen 8, Kota Damansara pada Rabu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) perlu sentiasa dipantau dan diselenggara bagi memastikan ia selamat untuk penghuninya  terutama kanak-kanak, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata, selain itu rumah PPR ini juga perlu dibina dengan ciri keselamatan bagi memastikan ia selamat dan mesra kanak-kanak.

Ini adalah penting berikutan beberapa kejadian kanak-kanak maut akibat terjatuh dari kediaman mereka di kawasan PPR, katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau sebelum itu menziarahi keluarga Muhammad Zul Hazriq Danish Aiden, 5, yang meninggal dunia selepas terjatuh melalui jurang di antara pagar besi yang sudah rosak ketika sedang bermain bersama abangnya di koridor tingkat enam, Blok B, PPR Seksyen 8, Kota Damansara di sini, Rabu.

Rohani berharap Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dapat mengkaji semula reka bentuk rumah PPR serta sentiasa memantau penyelenggaraan rumah-rumah tersebut bagi mengelakkan perkara tidak diingini.

Beliau berkata, perkara ini perlu dipandang serius memandangkan kejadian seumpama itu bukanlah kali pertama berlaku di kawasan itu seperti dimaklumkan oleh penduduk di kawasan itu, iaitu pada tahun lepas seorang kanak-kanak berusia empat tahun dari Blok D turut maut selepas terjatuh dari tingkat 14.

Rohani juga berharap orang ramai tidak cepat menuding jari dengan menyalahkan ibu bapa atas kemalangan itu kerana ia terjadi bukan berpunca daripada kecuaian sebaliknya atas faktor keselamatan di bangunan kediaman tersebut.

"Orang ramai jangan cepat nak salahkan ibu bapa kerana kemalangan ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Walaupun kita dah cuba sedaya upaya menjaga anak-anak, kalau keadaan kawasan kediaman kita rosak sana-sini ia mungkin boleh terjadi kepada anda juga," katanya.

Rohani juga berkata kementeriannya akan menawarkan khidmat kauseling kepada keluarga berkenaan bagi memulihkan semangat ibu kanak-kanak itu Nor Sahura Sahara, 35, serta empat lagi anaknya, Nur Diana Aiden, 15, Muhammad Zul Hisham Aiden, 12, Nur Aldira Aiden, 10 dan Muhammad Zul Haiqal Daniel,7, yang kehilangan anak dan adik bongsu mereka.

Hadir sama menziarahi Nor Sahura ialah Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Datuk Norani Mohd Hashim yang turut menyampaikan bantuan RM400 sebulan kepada keluarga itu.

Tags / Kata Kunci: PPR , Rohani Abdul Karim , mesra kanak-kanak

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan