Harga Rumah Mampu Milik PR1MA Jadi Penanda Aras Baharu

Diterbitkan: Khamis, 29 Januari 2015 5:38 PM

Abdul Rahim Rahaman

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Harga projek rumah mampu milik oleh  Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) akan mempunyai kesan penstabil dan bertindak sebagai penanda aras bagi pelbagai rumah kediaman seumpamanya yang akan ditawarkan oleh pemaju swasta lain.

Pasaran hartanah tidak lama lagi akan memberi tindak balas dan sepadan dengan harga PR1MA, iaitu 25 peratus lebih murah daripada nilai pasaran, kata Pengerusi Eksekutif Rahim and Co Chartered Surveyors Sdn Bhd Tan Sri Abdul Rahim Rahman.

"Jika rumah PR1MA hanya sekitar RM250,000, siapa yang mahu membeli rumah daripada pemaju swasta yang menetapkan harga antara 20 dan 40 peratus lebih tinggi?

"Sektor swasta tidak akan mempunyai pilihan tetapi mengikut langkah itu dan mula menurunkan harga hampir sepadan dengan apa yang ditawarkan oleh PR1MA," katanya selepas mengeluarkan "Penyelidikan Rahim  and  Co - Kajian Pasaran Hartanah  2014/2015" di sini, Khamis.

Rahim berkata dengan PR1MA, akan terdapat lebih banyak rumah mampu milik dalam pasaran dan keadaan akan menjadi stabil.

"Dengan PR1MA, harga rumah mampu milik tidak akan naik pada masa akan datang," katanya sambil menambah rakyat perlu memberi peluang kepada PR1MA berikutan organisasi itu masih baru.

Perunding hartanah antarabangsa berkata julat yang sesuai bagi rumah mampu milik di Kuala Lumpur ialah antara RM300,000 dan RM400,000.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan