Pos Malaysia Tawar Kadar Istimewa Sempena Tahun Baharu Cina - Berita Semasa | mStar

Pos Malaysia Tawar Kadar Istimewa Sempena Tahun Baharu Cina

Diterbitkan: Khamis, 29 Januari 2015 3:08 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bersempena perayaan Tahun Baharu Cina, Pos Malaysia menawarkan kadar istimewa bagi pengeposan kad ucapan perayaan iaitu 50 sen bagi kad yang tidak melebihi 50 gram ke semua destinasi di dalam negara.

Tawaran tersebut yang dibuka untuk semua saiz, bentuk dan warna kad ucapan Tahun Baharu Cina akan bermula pada Isnin ini sehingga 23 Februari, menurut kenyataan Pos Malaysia di sini, Khamis.

Menurut Pos Malaysia, pengeposan kad ucapan Tahun Baharu Cina perlu dibuat sebelum 13 Februari untuk memastikan kad sampai ke destinasi di dalam negara sebelum perayaan.

"Kami juga mengingatkan pelanggan untuk menulis dengan jelas nama penuh penerima, nombor rumah, jalan, poskod dan seumpamanya kerana ini akan membantu melancarkan lagi proses penghantaran," menurut kenyataan itu.

Ini merupakan tahun kesembilan berturut-turut Pos Malaysia menawarkan kadar caj pengeposan istimewa kepada semua pelanggannya.

Tahun Baharu Cina akan disambut pada 19 Februari ini.

Tags / Kata Kunci: Pos Malaysia , Tahun Baharu Cina , kad ucapan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan