Najib Lancar Pembinaan Rumah Kekal Mangsa Banjir Di Manek Urai

Diterbitkan: Khamis, 29 Januari 2015 4:04 PM

Najib membantu menuang simen sebagai tanda simbolik perasmian tapak cadangan pembinaan rumah kekal untuk penduduk Kampung Manek Urai Lama yang terjejas banjir pada majlis penyerahan sumbangan untuk mangsa banjir sempena lawatan kerja beliau ke Kelantan di Manek Urai Lama, di sini, Khamis. Turut hadir Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof (bertopi).

(Ubah saiz teks)

KUALA KRAI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  melancarkan pembinaan 138 rumah kekal jenis binaan di atas tiang setinggi lapan kaki dari aras tanah bagi mangsa banjir yang kehilangan rumah di Manek Urai Lama di sini.

Beliau berkata dengan ini, pembinaan sesebuah rumah dapat disiapkan dalam tempoh 75 hari dan pelaksanaan projek yang dibuat secara berperingkat itu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh setahun.

"Kerana dibina atas cerucuk lapan kaki tinggi (dan) kawasan bawah itu boleh digunakan, bererti (saiz) keseluruhan semua sekali adalah 1,300 kaki persegi dengan nilai setiap sebuah rumah RM48,000.

"Ini beri jaminan (pada) masa depan kalau ada banjir sekali lagi, rumah-rumah seperti ini tidak akan ditenggelami air," katanya dalam sidang media selepas menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru.

Hadir bersama lebih 2,000 mangsa banjir di jajahan Kuala Krai pada majlis itu ialah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof.

Tetamu lain ialah Pengerusi Biro Kebajikan Umno, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ketua Umno bahagian Kuala Krai merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Dabong Datuk Ramzi Ab Rahman.

Sebelum itu, Najib melakukan tinjauan mesra ke tapak pembinaan rumah mangsa banjir di Manek Urai Lama bagi meninjau pembinaan lima rumah kekal jenis binaan di atas tiang selain menyampaikan sumbangan wang ihsan kepada beberapa keluarga di situ.

Najib berkata, bagi rumah binaan terus di atas tanah, jumlah keluasan pula adalah 800 kaki persegi berbanding keluasan 660 kaki persegi seperti yang diumumkan kerajaan baru-baru ini dan masih mengekalkan tiga bilik tidur, ruang makan, ruang tamu, satu tandas dan satu bilik mandi.

Beliau berkata, peringkat pertama pembinaan rumah melibatkan mangsa yang mempunyai tanah sendiri manakala bagi penduduk yang tinggal di kawasan setinggan serta rizab sungai pula, kerajaan Pusat akan berunding dengan kerajaan negeri.

"Kumpulan ini kita minta kepada kerajaan negeri untuk meluluskan tapak-tapak baharu di tempat lebih selamat, di kawasan lebih tinggi," katanya.

"Di samping itu kerja baik pulih kita dah minta untuk diambil tindakan dengan nilai maksimum RM10,000. Kerja-kerja ini akan diselaraskan dengan agensi pelaksana iaitu Kementerian Kerja Raya, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan  Malaysia (CIDB) dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)," jelas Najib.

Sementara itu, Fadillah berkata pembinaan dan baik pulih rumah yang rosak akan diberi kepada kontraktor dan pekerja yang berada di kawasan yang terlibat banjir dan berdaftar dengan CIDB serta mempunyai rekod yang baik.

"Di Kelantan, terdapat lebih 1,600 kontraktor kelas F yang layak untuk kerja-kerja pembinaan dan baik pulih ini, dan kita akan beri keutamaan kepada mereka dahulu bagi pelaksanaan pembinaan dan baik pulih rumah.

"Ia akan dipantau oleh jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri dan Persekutuan. Kita anggarkan akan bina kira-kira 3,000 unit rumah di negeri-negeri yang terlibat banjir," katanya.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan