Transformasi Pasar Chow Kit Bakal Kikis Budaya Niaga Di Takuk Lama

Diterbitkan: Khamis, 29 Januari 2015 6:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Projek pembangunan Pasar Jalan Raja Bot atau lebih dikenali sebagai Pasar Chow Kit yang terletak di tengah bandaraya ini bakal menyaksikan ‘kelahiran semula’ ruang niaga yang disifatkan sebagai legenda kerana banyak menabur jasa kepada warga kota.

Jika dulu Pasar Chow Kit cukup sinonim dengan suasana sempit, panas, becak dan busuk, namun dalam tempoh kurang dari dua tahun ia akan berubah wajah, menjadi sebuah pasar bersih dan sistematik serta dilengkapi kemudahan termasuk tempat letak kereta bertingkat.

Menyedari bertapa strategiknya lokasi pasar itu serta manfaat yang diperoleh peniaga di situ, mStar Online mengambil inisiatif meninjau sekitar kawasan berkenaan untuk mendapatkan gambaran lebih dekat mengenai projek yang sedang dilaksanakan itu.

Hasilnya, didapati kerja-kerja naik taraf dan proses pembinaan sebuah kompleks pasar awam moden yang mendapat peruntukan RM200 juta daripada kerajaan kini sudah bermula dan dijalankan secara berperingkat.

Menariknya tentang proses pembangunan ini, walaupun sebahagian daripada struktur pasar tua itu telah dirobohkan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membina tiga pasar transit di kawasan sama bagi membolehkan peniaga dan pelanggan berurusniaga seperti biasa sementara menunggu kompleks pasar baharu siap pada 2017.

Biar pun hanya bersifat sementara, ia dilihat lebih selesa dan memberi pemandangan lebih 'indah' berbanding pasar asalnya yang mula beroperasi sejak 1955 yang sudah buruk dan kelihatan usang.

Hiruk-pikuknya tetap kedengaran, sesak jalannya tetap sama, namun pasar transit terbuka dengan bumbung zink tinggi itu masih mampu membuka ruang kepada peniaga mencari rezeki dan membolehkan pelanggan berbelanja, bukan hanya seperti biasa, tetapi  lebih selesa berbanding berniaga di pasar lama.

Perlu juga dinyatakan di sini bahawa pengudaraan serta pencahayaannya juga lebih baik dan peniaga juga ditempatkan secara tersusun, jauh berbeza dengan pasar asal di mana golongan peniaga terpaksa berniaga dalam keadaan berselerak.

Pendek kata, langkah meroboh pasar asal tidak memberi impak besar terhadap rezeki peniaga dan keselesaan pelanggan, sekali gus melenyapkan tanggapan awal kebanyakan peniaga yang khuatir pendapatan mereka terjejas ekoran projek ini.

Melihat kepada transformasi positif di pasar transit ini secara menyeluruh, ia bagai memberi petanda awal bahawa pengunjung setia Pasar Chow Kit dan peniaga yang kebanyakannya telah berniaga di sini sejak turun-temurun sudah bersedia menerima perubahan dan mengubah mentaliti mereka.

Malah, iklim dan suasana baharu yang wujud di pasar transit ini dapat dijadikan ‘pemanas’ dan permulaan yang baik untuk mereka keluar dari budaya niaga ditakuk lama, seterusnya membentuk satu komuniti baharu perniagaan yang lebih berdaya saing dan progresif.

Menjelang 2020, sebuah pasar awam yang bersih dan moden di tengah kota cukup penting, bukan hanya untuk peniaga dan pengguna, tetapi juga kepada industri pelancongan negara di mana pelancong antarabangsa lebih gemar melihat pasar awam sebagai pantulan imej, gaya hidup dan budaya masyarakat di sesebuah negara, termasuklah Malaysia.

Tags / Kata Kunci: Pasar Chow Kit , DBKL

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan