Krisis Pakatan Akan Terburai - Muhyiddin

Diterbitkan: Khamis, 29 Januari 2015 2:09 PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua kanan) menyaksikan penyerahan cek bantuan pasca banjir yang disampaikan oleh Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Sulaiman Wak (kanan) kepada Ahli Lembaga dan Pemegang Amanah Yayasan Sukarelawan Siswa Wan Ahmad Hazwan Wan Daud (kiri) selepas merasmikan Menara Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) Lembah Pantai pada Khamis. Turut kelihatan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching (dua kiri). -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Percakaran berterusan antara PAS dan DAP disifatkan sebagai 'gambaran cukup baik' kepada rakyat untuk menilai tahap kesepakatan politik pakatan pembangkang itu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, masalah dalaman antara komponen Pakatan Rakyat yang berlaku sejak sekian lama itu gagal disembunyikan lagi.

Justeru beliau yang juga Timbalan Presiden Umno yakin rakyat dapat menilai hala tuju sebenar pakatan pembangkang itu.

"Ini satu gambaran yang cukup baik untuk rakyat, gambaran untuk pembelajaran (iktibar) bukan untuk diikut.

"Isu-isu yang dibangkitkan mereka...saya tak fikir menjadi minat rakyat. Mereka sejak dulu lagi bersengketa, tapi cuba disorok, namun sampai bila kerana satu ketika nanti perkara ini akan terburai," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian bangunan baharu Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu di sini, Khamis.

Muhyiddin mengulas konflik antara PAS dan DAP berhubung pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang.

Terbaharu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menggelar Ketua Menteri Pulau Pinang bermulut celupar kerana mendakwa beliau berbohong dalam isu berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Muhyiddin Yassin , PAS , DAP , PBT

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan