MyEG: Kumpulan Peniaga Bantah Sistem Baharu, Kenaikan Caj

Diterbitkan: Khamis, 29 Januari 2015 7:45 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tiga puluh persatuan peniaga dan dewan perniagaan membantah tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyalurakan perkhidmatan mereka kepada dua syarikat swasta yang dikatakan merumitkan lagi proses membawa pekerja asing ke Malaysia.

Menurut mereka penggunaan khidmat MyEG Services Berhad bagi tujuan pembaharuan permit dan arahan mandatori penggunaan Sistem Pengurusan Setempat Pekerja Asing (FWCMS) untuk memproses Visa Dengan Rujukan (VDR) kepada pekerja asing juga menaikkan kos mereka.

"Kami memahami bahawa kedua-dua sistem ini masih di peringkat percubaan.

"Tidak adil untuk mewajibkan sistem ini tanpa memberi pilihan kepada pengguna untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan sebelum ini oleh KDN," kata Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia (ACCCIM), Tan Sri Teo Chiang Kok pada sidang akhbar bersama kumpulan itu pada Rabu.

Beliau berkata, walaupun komuniti perniagaan menyokong pembahruan ke arah sistem 'e-pengambilan' pekerja, sistem itu perlu lebih cekap, produktif dan tidak menelan kos.

Tambah beliau tindakan mewajibkan proses dalam talian merupakan keputusan yang tidak boleh diterima.

"Apa tujuan Akta Persaingan Malaysia 2010 jika kerajaan sendiri menyokong perlakuan memonopoli? Tujuan Akta ini adalah untuk memastikan bahawa keadaan seperti itu tidak berlaku," katanya.

Teo berkata mereka mahu Kementerian Sumber Manusia mengendalikan semua hal berkaitan sumber manusia dan pekerja asing dan bukannya KDN.

Tags / Kata Kunci: MyEG , FWCMS , VDR

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan