Tahlil Untuk Penumpang, Kru MH370 Selepas Solat Jumaat - Jakim

Diterbitkan: Khamis, 29 Januari 2015 10:09 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umat Islam di seluruh negara diseru supaya mengadakan tahlil khusus untuk semua penumpang dan anak kapal pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 selepas solat Jumaat pada Jumaat.

Tragedi membabitkan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014 diisytiharkan sebagai kemalangan, manakala semua 239 penumpang serta kru dianggap telah terkorban.

Pengumuman rasmi kerajaan Malaysia itu disampaikan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman menerusi siaran rakaman yang disiarkan di RTM1 pada petang, Khamis.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, Masjid Negara di Kuala Lumpur, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya serta seluruh masjid di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan mengadakan majlis tahlil khas sejurus selepas solat Jumaat. 

"Dalam masa sama, seluruh masjid di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Negeri seluruh Malaysia adalah diminta bekerjasama untuk mengambil inisiatif yang sama.

"Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 25 Mac tahun lepas telah memutuskan bahawa Solat Jenazah Ghaib tidak perlu dilaksanakan sebaliknya memadai dengan mengadakan tahlil," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Othman berkata, mengenai hal berkaitan pengagihan harta pusaka, pembubaran status perkahwinan mangsa, atau hukum-hukum lain hendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa berkaitan berasaskan peruntukan undang-undang yang ditetapkan setelah pengesahan atau pensabitan kematian diputuskan oleh mahkamah.

Pesawat MH370, yang membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal, berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi, 8 Mac 2014, hilang daripada radar sejam selepas itu ketika dalam penerbangan ke Beijing.

Tags / Kata Kunci: MH370 , Jakim

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan