Pastikan Ejen Berdaftar Dengan Jabatan Tenaga Kerja Dan Imigresen

Diterbitkan: Khamis, 29 Januari 2015 6:00 PM

Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majikan yang berhasrat mengambil khidmat pembantu rumah khususnya dari Indonesia perlu memastikan ejen terlibat merupakan Agensi Pekerjaan Swasta (APS) yang berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dan Jabatan Imigresen.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, kegagalan majikan berbuat demikian akan menyebabkan mereka terdedah kepada unsur penipuan oleh ejen yang mengenakan kos pengambilan pembantu rumah yang tinggi.

"Saya ingin menegaskan bahawa kos yang dipersetujui mengikut ketetapan memorandum persefahaman Pengambilan dan Penempatan Pekerja Domestik Indonesia (PDI) yang dimeterai kerajaan Malaysia dan Indonesia ialah sebanyak RM7,800.

"Bagi majikan yang telah menjadi mangsa ejen yang mengenakan kos yang tinggi, mereka dinasihat mengemukakan tuntutan ganti rugi kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Beliau berkata, baru-baru ini sebuah akhbar melaporkan isu berhubung kekurangan pembantu rumah warganegara Indonesia dan kos pengambilan yang tinggi antara RM14,000 dan RM15,000.

Riot berkata, majikan boleh mendapatkan maklumat mengenai senarai APS berdaftar dengan melayari laman sesawang JTKSM di http://jtksm.mohr.gov.my.

"Setakat ini sebanyak 393 APS telah dilantik oleh JTKSM bagi melaksanakan proses pengambilan dan penempatan PDI di negara ini dan 20 daripada APS itu telah dikeluarkan daripada senarai kerana tidak aktif," katanya.

Beliau turut menasihat para majikan agar melaporkan sebarang aduan khususnya mengenai isu itu kepada Pejabat Tenaga Kerja yang berdekatan atau ibu pejabat melalui talian 03-88865000 atau 03-80008000.

Tags / Kata Kunci: APS , JTKSM , imigresen , Richard Riot Jaem

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan