Hapuskan Hukuman Sebat Pesalah Bawah Umur - Unicef

Diterbitkan: Rabu, 28 Januari 2015 12:30 AM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tabung kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) berpendapat kerajaan wajar mempertimbangkan untuk menamatkan pelaksanaan hukuman sebatan membabitkan untuk pesalah di bawah umur.

Sehubungan itu, Unicef dalam kenyataannya pada Selasa berkata, pindaan terhadap Akta Kanak-Kanak 2001 adalah langkah yang baik.

"Unicef mengesyorkan pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 untuk menghapuskan hukuman sebatan terhadap pesalah bawah umur sebagai pilihan untuk menjatuhkan hukuman.

"Adalah perlu untuk menginstitusikan strategi global dan amalan baik seperti mengubah haluan dalam amalan dan undang-undang serta berubah daripada campur tangan formal berasaskan polis dan mahkamah," katanya.

Unicef menjelaskan, pelaksanaan hukuman itu untuk golongan bawah umur juga melanggar hak asasi manusia sebagai kanak-kanak.

"Walaupun hukuman itu digunakan sebagai salah satu bentuk disiplin yang biasa dalam keluarga, sekolah, persekitaran penjagaan dan hukuman dalam sistem kehakiman, ia melanggar hak-hak asasi mereka di mana kemuliaan dan integriti fizikal manusia perlu dihormati.

"Peruntukan sedia ada melanggar hak mereka (kanak-kanak) untuk mendapatkan perlindungan yang sama rata di bawah undang-undang," katanya sambil menambah Laporan PBB mengenai keganasan terhadap kanak-kanak pada 2006 menyatakan bahawa melaksanakan hukuman fizikal terhadap golongan itu membuktikan ia tidak memberi kesan.

Malahan, hukuman itu sebaliknya 'mengajar anak-anak muda bahawa keganasan adalah penyelesaian yang boleh diterima apabila berurusan dengan masalah'.

Unicef juga menyedari, ramai anak-anak yang berdepan dengan undang-undang itu datang dari masyarakat dan keluarga yang bermasalah.

"Majoriti kanak-kanak yang berada dalam konflik dengan undang-undang ini datang dari masyarakat terpinggir dan pendedahan mereka kepada jenayah ini sering mencerminkan negara yang kurang melindungi mereka," katanya.

Unicef percaya bahawa 'sistem keadilan yang saksama dan berkesan untuk golongan bawah umur ini seharusnya menjurus kepada kesejahteraan seseorang kanak-kanak itu."

Tags / Kata Kunci: hukuman sebatan , Unicef , sebat kanak-kanak

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan