PLKN: "Mungkin Penangguhan Berakhir Awal"

Diterbitkan: Rabu, 28 Januari 2015 2:00 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Makmal Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang akan diadakan selama enam minggu bermula 23 Februari ini akan menentukan sama ada tempoh penangguhan program itu dipendekkan atau sebaliknya.

Makmal berkenaan diwujudkan untuk membincangkan transformasi PLKN dengan mengambil kira kepentingan semua pihak termasuk jurulatih, operator kem, wakil ibu bapa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terbabit.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Mohamed Asri Yusof berkata, pelbagai persoalan berhubung usaha ke arah mentransformasi program membabitkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diketahui pada akhir Mac nanti.

"Kita tak tolak kemungkinan penangguhan itu berakhir awal. Kita akan buat penilaian daripada pelbagai aspek.

"Antara penekanan yang akan diberi perhatian ialah kriteria pengambilan calon serta status jurulatih," katanya kepada mStar Online.

Pada Rabu, portal berita ini melaporkan kenyataan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda yang berharap tempoh penangguhan PLKN dapat dipendekkan.

Langkah itu, katanya bagi membolehkan semua kakitangan terbabit termasuk pekerja kontrak dapat meneruskan khidmat dan menyumbang kepakaran menerusi program berkenaan.

Tambah Mohamed Asri lagi, keputusan berhubung perkara itu bagaimanapun bergantung kepada cadangan yang bakal dikemukakan di makmal tersebut.

Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penangguhan PLKN tahun 2015 dengan penjimatan RM400 juta, bagi membolehkan program itu dikaji semula dan ditambah baik.











Tags / Kata Kunci: Makmal PLKN , Mohamed Asri Yusof , JLKN , kem

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan