MyEG: 32 Perkara Untuk Penambahbaikan Proses PLKS

Diterbitkan: Rabu, 28 Januari 2015 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Selepas hampir sebulan dikuatkuasakan, Jabatan Imigresen menyenaraikan 32 perkara yang perlu diteliti untuk penambahbaikan proses memperbaharui permohonan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) melalui sistem dalam talian MyEG Service Bhd (MyEG).

Daripada jumlah itu, 22 daripadanya berkaitan masalah teknikal membabitkan penggunaan sistem berkenaan yan dikuatkuasakan sejak 5 Januari lalu.

Perkara itu dimaklumkan kepada mStar Online selepas mesyuarat tertutup yang diadakan antara Jabatan Imigresen dan MyEG mengenai pelarasan peringkat pembuktian konsep (POC) bagi sistem secara dalam talian itu di sebuah hotel di sini, petang Selasa.

Mesyuarat itu melibatkan Jabatan Imigresen dan wakil Myeg yang turut dihadiri pengarahnya, Datuk Mohd Jimmy Wong Abdullah serta semua pengarah imigresen negeri bagi membincangkan isu berbangkit berkaitan sistem baharu tersebut sepanjang tempoh POC.

Pengarah Bahagian Pekerja Asing Imigresen, Farah Adura Hamidi berkata, maklum balas itu dikemukakan oleh semua pengarah imigresen negeri berdasarkan pemerhatian dan aduan pengguna di kalangan majikan yang membuat permohonan PLKS secara dalam talian.

Katanya, antara 32 perkara itu ialah menentukan keupayaan sistem dalam talian itu supaya dapat mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) jabatan bagi meluluskan permohonan PLKS dalam tempoh lima hari bekerja.

"Juga mengenai langkah untuk mengatasi masalah pekerja asing yang tamat tempoh PLKS sedangkan permohonan permit masih diproses.

"Dua perkara itu antara 32 perkara yang kita kesan setakat ini dan ia akan diteliti untuk penambahbaikan," katanya kepada mStar Online, Selasa.

Farah Adura
Farah Adura Hamidi. Foto MOHD SAHAR MISNI / THE STAR

Pada Isnin, mStar Online melaporkan POC bagi proses memperbaharui PLKS melalui sistem dalam talian MyEG adalah tempoh yang bertepatan bagi menambah baik kecekapan sistem baharu itu.

Jabatan Imigresen sebelum ini mengumumkan tempoh POC bagi sistem dalam talian itu sehingga 28 Februari depan.

Farah Adura berkata, di antara masalah teknikal yang dikesan adalah sistem itu tidak mengemaskini maklumat dan  tiada menu atau pilihan bagi memasukkan data tertentu.

Dalam pada itu, Farah Adura memaklumkan, satu taklimat rasmi akan diadakan antara Jabatan Imigresen dan MyEG bersama semua persatuan majikan berhubung pelaksanaan baharu sistem dalam talian itu pada Jumaat ini.

"Taklimat ini akan diadakan di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di Putrajaya yang dijadualkan bermula pada pukul 9.30 pagi Jumaat ini.

"Sesi ini nanti bukan sahaja memberi penerangan tentang sistem dalam talian ini, selain memupuk kesedaran kepada  majikan pekerja asing mengenai kebaikan dan faedah sistem itu," katanya.

Difahamkan pihak MyEG akan menjemput semua persatuan wakil majikan untuk hadir pada sesi berkenaan.

Tambahnya, taklimat itu berbeza dengan pertemuan majikan bersama pegawai imigresen dan wakil MyEG di pejabat jabatan itu Isnin lalu yang lebih kepada sesi bantuan dan khidmat nasihat mengenai proses memperbaharui PLKS.

Sementara itu, Pengarah MyEG, Datuk Mohd Jimmy Wong Abdullah memberitahu mStar Online bahawa pihaknya berharap sesi taklimat itu akan memberi peluang kepada majikan mendapat gambaran dan penerangan lebih jelas tentang objektif pelaksanaan sistem dalam talian itu.

"Ia juga akan menjadi sesi untuk mereka (wakil majikan) bertanyakan mengenai sebarang perkara berkaitan sistem baharu ini, di samping berkongsi cadangan dan pandangan.

"Sebagai penyedia perkhidmatan, kita akan mendengar suara mereka dan akan meneliti serta mempertimbangkannya bagi penambahbaikan sistem ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: MyEG , POC , imigresen , PLKS , Farah Adura Hamidi

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan