Najib Edar Sampul Angpau Sempena Tahun Baharu Cina

Diterbitkan: Rabu, 28 Januari 2015 1:07 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sempena Tahun Baharu Cina yang akan disambut oleh masyarakat Cina pada 19 Feb ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengedarkan sampul angpau secara percuma menerusi laman Facebook 'Ah Jib Gor' mulai Rabu.

"Sambutan Tahun Baharu Cina akan tiba tidak lama lagi, kami akan mengedarkan sampul angpau 'Ah Jib Gor' edisi khas secara percuma kepada peminat-peminat," menurut kenyataan berbahasa Mandarin yang disiarkan melalui laman Facebook itu.

Menurut laman web Facebook "Ah Jib Gor", peminat-peminat hanya perlu tekan "Like" pada laman itu dan mengisi butiran peribadi seperti alamat rumah, nama penuh dan nombor telefon masing-masing menerusi pautan: https://www.facebook.com/ahjibgor/app_161683100556760.

Sampul angpau itu berwarna merah dan memaparkan karikatur Najib dengan berbaju tradisional Cina serta karakter kartun kambing yang dicetak perkataan "Selamat Tahun Baru Cina" dalam warna emas.

Setiap peket mengandungi 10 keping sampul angpau dan akan diedarkan sementara stok masih ada, menurut laman web itu.

Masyarakat Cina akan menyambut Tahun Kambing pada 19 Feb ini.

"Ah Jib Gor" merupakan Facebook perdana menteri dalam bahasa Mandarin, mula beroperasi sejak 16 Jan 2012 sebagai satu lagi platform untuk mendekati masyarakat dengan lebih meluas menerusi laman sosial.

"Ah Jib Gor" yang bermaksud "Abang Najib" dalam bahasa Mandarin, diwujudkan untuk memberikan satu lagi forum kepada pengguna media sosial berbahasa Mandarin.

Tags / Kata Kunci: Najib , PM , Tahun Baharu Cina

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan