Pelan Pembangunan Pendidikan Negara Pengajian Tinggi Teras Transformasi Pendidikan Negara - PM

Diterbitkan: Rabu, 28 Januari 2015 11:44 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) 2015-2025 yang akan diumumkan Mac ini, akan menjadi teras ke arah mentransformasi dan meningkatkan mutu pengajian tinggi negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelan pembangunan tersebut telah dibentangkan dalam mesyuarat mingguan Kabinet Rabu.

"Insya Allah, saya yakin ia (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi)) akan memacu peningkatan prestasi pengajian tinggi negara," kata perdana menteri dalam catatan terbarunya di laman Facebook dan Twitternya, malam Rabu.

Ahad lepas, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Dr Asma Ismail berkata pelan tersebut dijangka diumumkan Mac ini dan antara lain bertujuan mentransformasi dan meningkatkan standard pendidikan tinggi negara.

"Pelan ini akan menentukan bentuk graduan yang kita mahu lahirkan, selain menggilap bakat pelajar dan juga pensyarah," kata Dr Asma.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan