Laman Web Digodam: Mustapa Tak Bimbang Butiran Penerbangan Bocor

Diterbitkan: Rabu, 28 Januari 2015 9:00 AM

Datuk Seri Mustapa Mohamed

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mustapa Mohamed mengakui beliau tidak bimbang tentang keselamatan dirinya selepas penggodam mendedahkan butiran penerbangannya di Twitter dan mengancam untuk mendedahkan maklumat lanjut yang didakwa diambil dari sistem komputer syarikat penerbangan negara.

Walaupun Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dilihat tidak menjadi sasaran pihak tertentu tetapi beliau antara penumpang yang namanya dalam jadual penerbangan yang bocor ekoran laman web Penerbangan Malaysia (MAS) digodam pada Isnin.

"Setakat ini, saya tidak merasakan keselamatan saya terancam berikutan insiden itu, dan saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang perlu," kata Mustapa.

Laman web MAS telah digodam oleh kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai 'Khalifah Siber' yang bertindak menggantikan laman web syarikat penerbangan itu dengan gambar pesawat Airbus MAS A380 dengan perkataan "404 - Plane Not Found".

'Khalifah Siber' juga memasukkan akaun Twitter @umgrobert dan @umg_chris dalam senarai kenalan mereka.

Nama-nama lain yang disebut dalam laman web ini adalah Lizard Squad, UGNazi, NATHAN NYE dan HENRY BLAIR STRATER.

Selain menggodam laman web, penggodam juga memaparkan di akaun Twitter mereka (LizardMafia) itenarari termasuk tempahan Mustapa yang dibuat dengan MAS untuk tarikh 26 Januari dari Subang ke Kota Baru dengan menaiki pesawat Firefly.

MAS mengesahkan bahawa sistem pelayan nama domain (DNS) mereka telah dikompromi buat sementara waktu dengan data pengguna disasarkan ke laman web penggodam tetapi menambah server web tidak terjejas.

Syarikat penerbangan negara telah melaporkan kepada CyberSecurity Malaysia dan Kementerian Pengangkutan berhubung perkara itu dan memberi jaminan kepada pelanggan dan mereka yang telah membuat tempahan bahawa tempahan dan data mereka adalah selamat.

Pada Selasa, penggodam menulis di Twitter bahawa mereka akan mendedahkan maklumat lanjut yang didakwa diperolehi daripada penggodaman laman web MAS.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan