MH370: Kenyataan Interim Dijangka Diumum Sekitar Ulang Tahun Pertama Insiden

Diterbitkan: Rabu, 28 Januari 2015 10:35 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan akan mengumumkan kenyataan interim oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) berhubung siasatan selama setahun misteri kehilangan pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH370 pada sekitar ulang tahun pertama kejadian.

Timbalan Menterinya, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata beliau tidak boleh mendedahkan lebih lanjut mengenai perkara itu ketika ini kerana pengumuman mengenainya akan dibuat Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Kami akan mendedahkan kenyataan interim pada dijangka pada sekitar ulang tahun pertama kejadian MH370. Kami sudah sedia (untuk mendedahkannya). Jadi anda perlu tunggu sehingga tarikh itu. Saya tak boleh dedahkan lebih lanjut mengenainya," kata Abdul Aziz selepas merasmikan bengkel keselamatan penerbangan rantau Asia Tenggara di sini, Rabu.

Beliau berkata kenyataan interim tersebut adalah mengikut peruntukan di bawah Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

"Dalam laporan itu kita maklumkan segala maklumat hasil daripada siasatan yang telah dilakukan," katanya.

Malah, Abdul Aziz berkata, kenyataan interim itu turut akan disiarkan di dalam laman web DCA sejurus selepas pengumuman tersebut.

"Semua maklumat hasil siasatan akan didedahkan di dalam laman web tersebut (DCA). Semua rakyat boleh lihat di laman web tersebut. Ia amat telus," katanya.

Ketika ditanya mengenai tarikh status MH370 akan dimuktamadkan, beliau berkata, misi pencarian pesawat tersebut masih diteruskan dan menteri pengangkutan akan mengumumkan mengenainya dalam masa terdekat.

"Pencarian tetap diteruskan cuma menteri akan buat pengumuman (status) dalam masa terdekat," katanya.

Mengenai pampasan kepada waris penumpang, Abdul Aziz berkata, ia akan dibincangkan selepas status pesawat tersebut diumumkan nanti.

"Pampasan itu... selepas status pesawat diumumkan," katanya.

Pada Disember lalu, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) memberitahu misi pencarian pesawat MH370 yang hilang di dasar laut dijangka berakhir pada Mei tahun ini. 

Menurut ATSB, sekiranya tidak berlaku kelewatan terhadap kapal, peralatan mahupun cuaca, pencarian di dasar laut mungkin dapat selesai sepenuhnya menjelang Mei, 2015. 

Pesawat MH370 hilang pada 8 Mac ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. 

Seramai 239 penumpang dan anak kapal berada dalam pesawat berkenaan ketika kejadian. 

Lokasi terakhir pesawat berkenaan dikesan ialah selatan Lautan Hindi. 

Tags / Kata Kunci: MH370 , MAS

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan