Calon STAM 2014 Lulus Semua Mata Pelajaran Meningkat 2.9 %

Diterbitkan: Rabu, 28 Januari 2015 12:14 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seramai 3,823 pelajar atau 63.3 peratus mendapat sekurang-kurangnya pangkat Maqbul (lulus) untuk 10 mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2014 daripada keseluruhan 6,035 calon. 

Keputusan itu meningkat 2.9 peratus atau 310 calon berbanding 2013 dengan 3,513 pelajar atau 60.4 peratus lulus semua mata pelajaran daripada 5,816 yang menduduki peperiksaan. 

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata calon yang memperoleh sijil peringkat Mumtaz (cemerlang) pada 2014 bagaimanapun menurun kepada 331 orang atau 5.5 peratus berbanding 369 (6.3 peratus) pada 2013. 

"Secara keseluruhan, pencapaian calon STAM 2014 setanding dengan 2013, di mana indeks Gred Purata Nasional (GPN) kedua-dua tahun menunjukkan nilai sama iaitu 3.20 mata," katanya ketika mengumumkan analisis keputusan STAM 2014 di sini, Rabu.  

Beliau berkata calon yang memperoleh sijil pangkat Jayyid Jiddan (sangat baik) meningkat 39 orang, namun dari segi perutusan menurun sebanyak 0.1 peratus. 

Khair berkata, calon yang mendapat sijil pangkat Jayyid (baik) dan Maqbul pula masing-masing meningkat 160 orang (1.6 peratus) dan 149 orang (2.3 peratus) berbanding 2014. 

Menurutnya, secara keseluruhan, 8,800 calon menduduki STAM pada tahun lalu, termasuk 7,769 calon pelbagai kategori sekolah yang mendaftar 10 mata pelajaran dan kali pertama menduduki STAM, manakala 1,031 lagi adalah calon persendirian. 

Ditanya mengenai penurunan jumlah calon yang mendapat Mumtaz bagi semua mata pelajaran, Khair berkata, Kementerian Pendidikan akan mengambil 64 guru penutur bahasa Arab jati pada 2016 untuk meningkatkan pencapaian pelajar.

"Kertas cadangan pengambilan itu telah diluluskan pada peringkat kementerian, tetapi kami masih menunggu kelulusan kabinet," katanya. 
Selain itu, katanya, beberapa inisiatif akan turut dilaksanakan termasuk menjalankan program peningkatan guru.


Tags / Kata Kunci: Keputusan STAM 2014

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan