Gangguan Bekalan Air Di Beberapa Kawasan Wilayah Petaling Bermula Jumaat Depan

Diterbitkan: Rabu, 28 Januari 2015 10:26 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di wilayah Petaling akan mengalami gangguan bekalan air sementara selama sehari iaitu dari 6 hingga 7 Februari berikutan kerja-kerja pemasangan dua unit sistem zon Injap Pengurang Tekanan(PRV) di SS1, Kampung Tunku, Wilayah Petaling.

Menurut kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) di sini pada Rabu, antara kawasan terbabit ialah keseluruhan SS1, sebahagian SS9A dan sebahagian Seksyen 22 yang akan mengalami gangguan bekalan air bermula 9 malam hingga 8 pagi keesokan hari melibatkan sebanyak 3,104 pintu rumah.

Pengguna dinasihatkan supaya menyimpan air secukupnya sepanjang tempoh gangguan tersebut dan menggunakan air secara berhemah.

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL dan hantar kepada 39222 atau melayari laman web Syabas di www.syabas.com.my, www.twitter.com/puspel dan Facebook dengan menaip 'puspel' atau 'puspel syabas' atau muat turun aplikasi mySYABAS di telefon pintar.

Tags / Kata Kunci: gangguan bekalan air , Syabas , Puspel , PRV

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan