FWCMS Projek Rintis Kemasukan Pekerja Asing

Diterbitkan: Rabu, 28 Januari 2015 9:00 AM

Datuk Sakib Kusmi

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sistem Pengurusan Setempat Pekerja Asing (FWCMS) adalah projek rintis yang direka untuk meningkatkan kecekapan dalam proses mendapatkan buruh asing.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Sakib Kusmi berkata sistem itu, yang dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta (Bestinet), telah direka sebagai pusat sehenti bagi menangani pelbagai perkara berkaitan warga asing, termasuk permohonan visa dan profil biometrik.

"Sistem ini masih dalam tempoh ujian. Pelaksanaannya bertujuan untuk memudahkan pekerja asing atau pelajar memohon visa semasa menjalani proses lain seperti pemeriksaan kesihatan dan pemeriksaan biometrik," katanya kepada The Star, Selasa.

Walaupun ia masih dalam fasa awal, Sakib berkata, beliau telah mendengar rungutan dari Indonesia bahawa pihak-pihak tertentu tidak berpuas hati dengan sistem yang baharu, memandangkan terdapat peningkatan dalam yuran visa.

"Tidak ada aduan rasmi daripada kerajaan Indonesia tetapi saya telah mendengar pihak-pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengannya (sistem baharu).

"Walau bagaimanapun, jabatan ini sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pihak berkuasa Indonesia atau persatuan bagi membincangkan perkara itu. Memandangkan ia masih dalam fasa ujian, kami mengalu-alukan semua maklum balas untuk menyelesaikan sebarang perkara yang tidak kena, jika ada," katanya sambil menambah sistem yang telah direka ini adalah untuk memberi kemudahan kepada semua pihak yang terlibat.

Sakib berkata, jabatan itu akan mengkaji semula sistem jika perlu, berdasarkan maklum balas dan aduan daripada pelbagai pihak yang terlibat.

"Akhirnya, kita mahu sistem yang memberi manfaat kepada semua, bukan membebankan mereka," katanya.

Mengenai kebimbangan untuk mengemukakan maklumat biometrik kepada syarikat swasta, Sakib memberi jaminan kepada orang ramai bahawa syarikat itu hanya membangunkan sistem semata-mata tetapi Kementerian Dalam Negeri (KDN), khususnya Jabatan Imigresen adalah pihak yang bertanggungjawab terhadap semua maklumat yang diperolehi.

"Syarikat ini bekerja di atas arahan kementerian dan jabatan.

"Kami akan memastikan bahawa semua maklumat yang dikemukakan kepada sistem adalah tertakluk kepada kerahsiaan," katanya.

Dalam laman webnya, FWCMS digambarkan sebagai penyelesaian yang dibangunkan secara eksklusif untuk kerajaan di negara-negara yang mengambil sejumlah besar pekerja asing dengan modul yang boleh disesuaikan dengan keperluan kerajaan atau negara.

Dalam model Malaysia, penyelesaian FWCMS juga melibatkan pihak yang berkaitan di semua negara-negara sumber yang merekrut pekerja asing ke negara ini, menyediakan platform yang sama bagi pihak berkepentingan utama untuk berinteraksi dan menguruskan pelbagai proses berkaitan dengan pengambilan pekerja asing manakala pemegang kepentingan utama adalah entiti kerajaan, termasuk KDN, Jabatan Imigresen, majikan Malaysia yang berdaftar dan pekerja asing.

"Paling penting, sistem ini mengambil kira setiap pemeriksaan keselamatan dan prosedur pentadbiran secara kritikal, berusaha untuk menjadikan pengambilan dan pengurusan pekerja asing semudah yang mungkin. Sistem ini juga sepenuhnya selamat, telus dan dapat membuktikan penipuan, memastikan pekerja dipilih dengan teliti, ditapis dan diambil bekerja dalam satu penyelarasan persekitaran yang menjimatkan masa mengikut norma-norma undang-undang," kata laman web itu.

Tags / Kata Kunci: FWCMS , Datuk Sakib Kusmi , pekerja asing

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan