QZ8501: Tentera Indonesia Henti Usaha Cari Bangkai Pesawat - Berita Semasa | mStar

QZ8501: Tentera Indonesia Henti Usaha Cari Bangkai Pesawat

Diterbitkan: Selasa, 27 Januari 2015 5:54 PM

(Ubah saiz teks)

PANGKALAN BUN: Tentera Indonesia pada Selasa menghentikan usaha untuk mencari bangkai pesawat AirAsia Indonesia yang terhempas di Laut Jawa bulan lalu selepas usaha mengangkat badan utama pesawat selama beberapa hari telah gagal.

"Semua pasukan kami telah dipanggil balik," kata pegawai tentera laut yang mengawasi operasi mencari dan menyelamat, Laksamana Muda Widodo.

"Kami memohon maaf kepada keluarga mangsa."

Penerbangan QZ8501 terhempas pada 28 Disember ekoran ribut kencang, dalam perjalanan yang singkat dari Surabaya, Indonesia ke Singapura.
Tags / Kata Kunci: QZ8501 , Laksamana Muda Widodo

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan