'Sultan Sulu' Namakan Phugdal Sebagai 'Raja Muda'

Diterbitkan: Selasa, 27 Januari 2015 5:39 PM

Duduk, dari kiri - Rajah Muda Agbimuddin Kiram, Sultan Jalul Kiram III, Sultan Bantilan Esmail Kiram II. Berdiri dari kiri - Datu Alianapia Kiram, Datu Phugdal Kiram dan Datu Baduruddin Kiram.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sultan Esmail Kiram II yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu mengisytiharkan bahawa adiknya, Datu Phugdal Kiram akan memegang gelaran Raja Muda dalam apa yang dipanggilnya sebagai Kesultanan Sulu.

Esmail memberitahu Star Online pada Selasa bahawa Phugdal, 68, dipilih kerana undang-undang Kesultanan mengenai penggantian yang menetapkan bahawa calon mestilah mempunyai keturunan langsung daripada Sultan Sharif ul-Hashim, Sultan Sulu yang pertama.

Phugdal, yang merupakan seorang guru di sekolah awam, akan mengambil alih gelaran Raja Muda yang dipegang oleh abangnya, Allahyarham Azzimudie Kiram, 74 yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 13 Januari lalu.

Azzimudie mengetuai pencerobohan kumpulan bersenjata Sulu ke Kampung Tanduo di Felda Sabah 17 berhampiran Lahad Datu, Sabah, pada Februari 2013 yang membawa kepada pertempuran berdarah.

Apabila ditanya mengapa seorang lagi saudara lain, Datu Alianiapa tidak dinamakan untuk mengambil alih gelaran daripada Azzimudie, Esmail berkata di bawah undang-undang penggantian Kesultanan Sulu, Phugdal adalah lebih tua dalam adik-beradik dan bukan adiknya Alianiapa.

"Ada yang menyebarkan khabar angin mengenai perebutan kuasa untuk menunjukkan bahawa kita tidak bersatu. Datu Phugdal adalah pengganti yang sah," katanya.


Ketika ditanya sama ada terdapat rancangan untuk menyerang Sabah lagi, Esmail berkata tidak timbul soal pencerobohan kerana berdasarkan sejarah Sabah adalah milik mereka.


"Kami tidak pernah menggunakan perkataan menuntut kerana Sabah adalah milik kami," katanya.

Semasa serangan tentera untuk mendapatkan semula Tanduo pada Mac 2013, Azzimudie dan beberapa pengikutnya melarikan diri ke Tawi-Tawi tempat di mana dia telah bersembunyi sehingga kematiannya.

Kira-kira 60 orang, termasuk sembilan anggota keselamatan rakyat Malaysia terbunuh, dalam operasi terhadap kumpulan lelaki bersenjata Sulu.

Lain-lain yang ditahan termasuklah anak Esmail, Datu Amir Bahar Husin Kiram.

Mereka telah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) dan kemudiannya didakwa atas pelbagai kesalahan termasuk pengkhianatan.

Perbicaraan sedang berjalan.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan