PTPTN Tidak Lanjutkan Promosi Jom Tukar Ujrah Selepas 31 Mac

Diterbitkan: Selasa, 27 Januari 2015 11:31 PM

(Ubah saiz teks)

MARAN: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan melanjutkan promosi Jom Tukar Ujrah apabila tempoh promosi itu tamat pada 31 Mac depan, kata Pengerusinya Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Shamsul Anuar berkata promosi yang bermula sejak 1 Oktober lalu seharusnya berakhir pada 31 Disember, namun pihaknya masih memberi peluang kepada peminjam yang berhadapan dengan masalah banjir untuk menukar pinjaman pendidikan mereka kepada pembiayaan berkonsepkan syariah.

"Kami telah beri lanjutan masa, jadi kami harap lebih kurang 200,000 peminjam yang masih belum membuat proses menukar ke Ujrah dapat melakukannya sebelum tarikh tamat.

"Sepanjang tempoh promosi, peminjam boleh menukar ke Ujrah tanpa perlu membayar sebulan pinjaman,"katanya pada sidang media selepas menyampaikan Misi Bantuan Pasca Banjir PTPTN di Sekolah Kebangsaan Ulu Luit di sini, Selasa. 

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib yang juga anggota Parlimen Maran.

Shamsul Anuar memaklumkan dalam tempoh 1 Oktober hingga 31 Disember lalu, seramai 50,000 peminjam telah menukar ke pembiayaan secara Ujrah, yang membolehkan mereka membayar caj perkhidmatan pada kadar satu peratus, berbanding empat peratus. 

Peminjam di Pahang yang berhasrat melakukan proses penukaran ke Ujrah boleh mengunjungi pejabat PTPTN cawangan Pahang di Jalan Putra Square 1 di Kuantan atau ke pejabat PTPTN di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pahang, tambah beliau.

Mengenai misi bantuan itu, Shamsul Anuar berkata PTPTN telah memperuntukkan sebanyak RM542,640 sebagai sumbangan kepada 7,752 pelajar dari 70 buah sekolah di Pahang yang terlibat dengan banjir.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM48,720 adalah dalam bentuk wang tunai dan beg sekolah kepada 696 pelajar dari empat buah sekolah di Maran.

Shamsul Anuar juga berkata PTPTN juga akan melakukan program bantuan banjir ke Sarawak dalam masa terdekat.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan