Polis Nasihat Penyokong Anwar Dan Saiful Tidak Cetus Kekecohan

Diterbitkan: Selasa, 27 Januari 2015 11:19 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis meminta penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohd Saiful Bukhari Azlan, tidak mencetuskan kekecohan pada hari keputusan rayuan terakhir Ketua Pembangkang tersebut terhadap sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya itu pada 10 Februari ini.

Kedua-dua penyokong yang ingin membuat perhimpunan, disaran membuat permohonan mengikut peruntukan yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim bagaimanapun berkata polis tetap bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan pada hari berkenaan.

"Mengenai perhimpunan ini, telah ada cubaan untuk menggerakkannya melalui laman sosial dan untuk itu kekuatan anggota bergantung kepada hasil risikan sama ada perhimpunan berskala besar atau kecil.

"Saya harap perkara ini (perhimpunan) tidak akan berlaku dan saya mohon penyokong Anwar mahupun Mohd Saiful Bukhari Azlan dapat terima sebarang keputusan mahkamah secara rasional," katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyampaian dan Penerimaan Bantuan Bencana Banjir Jabatan KDNKA di sini, Selasa.


Turut hadir pada majlis itu Timbalan Pengarah KDN/KA Datuk Amer Awang, Timbalan Pengarah KDN/KA (Pasukan Gerakan Am) Datuk Azman Yusuf dan Komander Briged Utara Datuk Mohammad Nasir Ramli.

Pada Isnin, Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 Februari untuk keputusan rayuan terakhir Ketua Pembangkang itu terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, enam tahun lepas.

Sementara itu, pada majlis itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima bantuan banjir berbentuk barangan keperluan asas daripada syarikat korporat Zhulian Marketing Sdn Bhd bernilai RM220,000 untuk diagihkan kepada warga PDRM yang terlibat banjir di Pantai Timur.

Amer berkata bantuan barangan seperti minyak masak, lampin pakai buang bayi, susu dan tilam itu akan diagihkan kepada warga PDRM di Kuala Krai dan Manek Urai di Kelantan serta Temerloh dan Bera di Pahang.

"Sumbangan ini akan digerakkan dalam masa dua hari lagi selepas kita selesai buat agihan mengikut jenis barangan ... sebelum ini kita telah gerakkan sebanyak 69 buah lori berisi barangan bantuan banjir ke kawasan terjejas banjir," katanya.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan