Palanivel Umum Pelantikan Baharu MIC

Diterbitkan: Selasa, 27 Januari 2015 10:56 PM

Datuk Seri G. Palanivel. Foto BERNAMA

Datuk Seri G. Palanivel

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel mengumumkan senarai lantikan beberapa jawatan utama peringkat negeri termasuk pelantikan Tan Sri Ramasamy Muthusamy sebagai pengerusi jawatankuasa perhubungan  MIC Perak.

Palanivel berkata semua pelantikan berkuat kuasa serta merta dan beliau telah mengeluarkan surat kepada semua yang terlibat yang akan sampai kepada mereka dalam waktu terdekat.

Ramasamy mengambil alih jawatan pengerusi MIC Perak daripada Palanivel.

Datuk Ganesan Arumugam mengambil alih jawatan Datuk S. Sothinathan sebagai pengerusi jawatankuasa perhubungan Negeri Sembilan, katanya.

"Datuk S. Sothinathan dengan rela hati bersetuju untuk melepaskan jawatannya atas permintaan saya untuk memberi tumpuan pada peringkat kebangsaan," kata Palanivel dalam kenyataan.

Selain itu, Datuk Rajoo Vyraperumal ialah pengerusi jawatankuasa perhubungan  MIC Wilayah yang baharu menggantikan Datuk M. Saravanan.

"Juga akan berlaku perubahan dalam jawatankuasa perhubungan negeri-negeri yang akan diumumkan oleh pengerusi masing-masing," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan