Samy Vellu Gesa Palanivel Selamatkan MIC

Diterbitkan: Selasa, 27 Januari 2015 11:13 PM

Datuk Seri S. Samy Vellu

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri S. Samy Vellu menyuarakan kebimbangan beliau tentang perbalahan sengit yang sedang melanda MIC dan menggesa presidennya Datuk Seri G. Palanivel menyelamatkan parti itu.

"Saya berdoa ... dan meminta beliau, tolonglah selamatkan MIC," kata bekas presiden MIC itu di luar Sidang Kemuncak Pelaburan Nepal 2015 di Bangsar di sini Selasa.

Samy Vellu, yang kini duta khas Malaysia di India dan Asia Selatan mengenai infrastruktur, berkata perpecahan dalam MIC boleh melemahkan dan memberi kesan buruk terhadap parti yang mewakili masyarakat India di negara ini.

Beliau menyeru Palanivel supaya berbincang dengan anggota MIC, termasuk mereka yang mengkritik beliau, sebagai langkah untuk menyelamatkan parti itu.

Katanya tindakan anggota parti mengkritik pemimpin mereka adalah perkara biasa dan dalam hal ini, Palanivel perlu sentiasa membuka ruang untuk berkomunikasi dengan mereka.


Perbezaan pendapat timbul dalam MIC selepas Pendaftar Pertubuhan mengeluar arahan pada 5 Disember tahun lepas agar parti itu mengadakan semula pemilihan bagi tiga kerusi naib presiden dan 23 kerusi Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dalam masa 90 hari berikutan terdapat perkara yang melanggar peraturan dalam pemilihan pada mesyuarat agung MIC ke-68 di Melaka pada 30 November 2013.

Samy Vellu berkata, sebagai presiden, Palanivel perlu menghormati orang yang bersama beliau.

"Berdasarkan apa yang berlaku, tiada seorang pun yang peduli tentang parti.
Mereka hanya pedulikan diri sendiri," katanya.

Samy Vellu, yang menerajui MIC selama 29 tahun, berkata walaupun wujud percakaran dalam kalangan kumpulan tertentu dalam parti itu dan perbalahan antara presiden dan timbalan presidennya (Datuk Seri Dr S. Subramaniam), masanya sudah tiba bagi semua anggota MIC untuk duduk bersama dan berbincang "apa yang patut dilakukan untuk menguatkan kembali parti".

Kata Samy Vellu, ketika beliau menjadi presiden MIC, "banyak orang menentang saya dan mereka mengadakan banyak sidang akhbar dan menganjurkan perjumpaan untuk mengkritik dan menyerang saya".


"Saya panggil mereka dan bercakap dengan mereka serta menjadikan mereka sebagai kawan. Inilah politik, (dan) sebagai orang politik, kita perlu tunjukkan kebaikan kita kepada orang lain untuk menarik mereka kepada kita," katanya.

Diminta mengulas tentang kenyataan Palanivel bahawa beliau sedang menimbang tindakan yang akan diambil terhadap Dr Subramaniam dan mereka yang menghadiri mesyuarat yang tidak mendapat kelulusan beliau, Samy Vellu berkata ketua bahagian mempunyai hak untuk menghadiri sebarang mesyuarat, tanpa memerlukan kelulusan sesiapa.

Menurut laporan, Palanivel menyifatkan mesyuarat 90 ketua bahagian MIC, yang dipengerusikan Dr Subramaniam, di sebuah hotel di Kuala Lumpur Sabtu lepas, adalah tidak sah.

Ketua bahagian yang menghadiri mesyuarat itu dilaporkan bersetuju sebulat suara agar CWC bagi penggal 2009-2013 dipilih untuk mentadbir MIC sementara menunggu CWC baharu dipilih.

MIC mempunyai 135 bahagian di seluruh negara.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan