'Mak Nyah' Tuntut Layanan Sama Rata, Mahu Dilindungi

Diterbitkan: Selasa, 27 Januari 2015 3:29 PM

Beberapa wakil dari NGO yang memperjuangkan hak 'transgender' dilihat hadir bagi mengikuti permohonan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk mengekalkan hukuman pada tiga lelaki berpakaian wanita ke Mahkamah Persekutuan di Istana Kehakiman di Putrajaya pada Selasa. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: "Kami juga dicabul, jadi mangsa seks," demikian keluhan seorang lelaki transgender mengenai nasib golongan itu dalam masyarakat.

Selain menuntut supaya mereka turut diberi layanan sama rata dengan masyarakat normal, lelaki transgender atau 'mak nyah' ini juga mahu dibela dari sudut undang-undang.

"Sebagai manusia kami juga ada hak asasi yang perlu dibela," kata seorang lelaki transgender yang enggan dikenali.

Dia yang kelihatan dari sudut fizikal dan pemakaiannya menyerupai wanita ditemui mStar Online ketika hadir mendengar prosiding permohonan kerajaan Negeri Sembilan untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung lelaki transgender Islam mengenakan pakaian perempuan.

Prosiding yang berlangsung pada Selasa menyaksikan Mahkamah Persekutuan membenarkan kerajaan Negeri Sembilan mengemukakan rayuan bagi kes tersebut.

Sementara itu aktivis hak asasi transgender, Thilaga Sulathireh yang turut menyertai kira-kira sepuluh wakil komuniti itu berkumpul di kompleks Istana Kehakiman di sini menuntut supaya majlis agama Islam negeri-negeri dan pihak berkuasa supaya tidak 'mengganggu' kehidupan mereka.

"Daripada pihak berkuasa sibuk merayu kes ini, kerajaan sepatutnya siasat keganasan terhadap komuniti transgender, banyak kes berlaku.

"Wujud keganasan melampau terhadap golongan ini bukan sahaja secara fizikal tapi emosi dan seksual," katanya.

Pada 7 November tahun lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan dibuat oleh tiga juru mekap pengantin Islam, Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26; Syukor Jani, 28; dan Wan Fairol Wan Ismail, 30 dan mengisytiharkan seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri (Negeri Sembilan) 1992 sebagai tidak sah dan tidak berperlembagaan.

Mahkamah Rayuan mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman tiga orang itu supaya seksyen 66 berkenaan diisytiharkan sebagai tidak berperlembagaan.

Mewakili tiga lelaki transgender itu ialah peguam Aston Paiva.

Bagaimanapun ketiga-tiga mereka tidak hadir pada prosiding yang bermula pukul 9.30 pagi tadi.

Tags / Kata Kunci: Transgender

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan