Lizard Squad Dakwa Bertanggungjawab Terhadap Gangguan FB, Instagram

Diterbitkan: Selasa, 27 Januari 2015 4:39 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kumpulan penggodam Lizard Squad, yang mendakwa bertanggungjawab menggodam laman web Malaysia Airlines (MAS), menyatakan bahawa ia juga bertanggungjawab terhadap gangguan Facebook dan Instagram di seluruh dunia pada Selasa.

"Facebook, Instagram, Tinder, AIM, Hipchat #offline #LizardSquad," kumpulan itu menulis di Twitter pada pukul 2.36 petang (waktu Malaysia) Selasa.

Pada petang Selasa, ramai pengguna Internet mengadu di Twitter tentang gangguan di Facebook dan Instagram selepas mereka tidak dapat mengakses kedua-dua laman sosial tersebut.

Instagram menulis di Twitter, mengakui terdapat masalah pada laman sosial itu pada Selasa.

"Kami sedar satu gangguan yang menjejaskan Instagram dan sedang berusaha untuk memperbaikinya. Terima kasih atas kesabaran anda," perkhidmatan perkongsian foto itu menulis tweet pada pukul 2.51 petang.

Pada pukul 3.10 petang Facebook boleh diakses semula manakala Instagram boleh diakses pada pukul 3.20 petang.

Pada Isnin, laman web MAS telah digodam oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Khalifah Siber Rasmi.

Penggodam tersebut kemudian memperkenalkan diri mereka sebagai Lizard Squad, kumpulan yang mendakwa turut menggodam  Xbox Live Microsoft dan Rangkaian PlayStation Sony tahun lepas.
Tags / Kata Kunci: Lizard Squad , penggodam

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan