Kunjungan Jokowi Bakal Pacu Penyelesaian Isu Sempadan Maritim - Duta

Diterbitkan: Selasa, 27 Januari 2015 3:59 PM

Jokowi bakal mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula 5 Februari ini.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kunjungan Presiden Indonesia Joko Widodo  ke Malaysia 5 Februari ini dijangka mempercepatkan usaha penyelesaian isu pembatasan maritim kedua-dua negara, kata Duta Indonesia di Malaysia Herman Prayitno.

Beliau berkata, selain mengatasi masalah pertindihan kawasan perairan, kedua-dua negara dijangka mencapai kata sepakat berhubung undang-undang dan peruntukan hukuman bagi isu-isu di kawasan laut.

Beliau menjelaskan pada masa ini, perbincangan masih lagi berlangsung di peringkat teknikal, sebelum perjanjian persefahaman (MoU) dapat ditandatangani.

"Jadi, kita akan mendorong 'team teknis' (pasukan teknikal) agar isu perbatasan laut itu diselesaikan supaya tiada lagi tumpang tindih wilayah dan ada ketetapan hukum.

"Sehingga masing-masing daripada kita kalau melaksanakan penegakan hukum di laut tidak ada selisih pendapat lagi," katanya ketika ditemui pemberita di luar Pemukiman Menteri-Menteri Luar Asean, di sini, Selasa.

Beliau mengulas pertemuan Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman dan rakan sejawatannya dari Indonesia Retno Marsudi di sini, semalam.

Herman berkata, setakat ini Indonesia dan Malaysia telah mengadakan 26 pertemuan, dan berharap lawatan Presiden Indonesia yang lebih dikenali sebagai Jokowi mampu memacu lagi usaha penyelesaian isu pembatasan maritim kedua-dua negara.

Dalam sidang media selepas pertemuan dengan Retno semalam, Anifah berkata Malaysia dan Indonesia sepakat untuk terus berunding bagi mencari penyelesaian berhubung isu pembatasan maritim melalui mekanisme sedia ada.

Rundingan pembatasan maritim antara Malaysia dan Indonesia turut melibatkan Selat Melaka, Laut Sulawesi and Laut China Selatan.

Sementara itu, Herman berharap lawatan Jokowi akan dapat menambah baik peruntukan-peruntukan sedia ada berhubung isu pekerja asing Indonesia di Malaysia, selain menyelesaikan masalah 'pekerja haram' dengan sebaik mungkin.

Jokowi yang mengambil alih pemerintahan Indonesia Oktober tahun lalu memilih Malaysia sebagai destinasi lawatan rasmi pertamanya ke luar negara. 




iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan