Penggodam Laman Web MAS Turut Dakwa Godam Microsoft, Sony

Diterbitkan: Selasa, 27 Januari 2015 9:39 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Lizard Squad, kumpulan penggodam yang mendakwa bertanggungjawab menggodam laman web Penerbangan Malaysia (MAS) pada Isnin, turut mendakwa telah menggodam Xbox Live Microsoft dan PlayStation Network Sony sebelum ini.

Menurut portal berita teknologi dalam talian TechCrunch, pengguna Xbox Live dan PlayStation Network pada Krismas tahun lalu dilaporkan mengalami gangguan dan kesukaran untuk memasuki ke dalam rangkaian itu.

Lizard Squad turut mendakwa sebagai "Khalifah Siber Rasmi", sebuah kumpulan penggodam yang didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) dan mengambil alih pengendalian akaun Twitter dan Youtube di bawah pusat perintah tentera Amerika Syarikat (AS) pada awal bulan ini.

Penggodam 'Khalifah Siber Rasmi' itu menulis mesej di Twitter bertajuk “Pentagon networks hacked. AMERICAN SOLDIERS WE ARE COMING, WATCH YOUR BACK. ISIS. #CyberCaliphate” (Rangkaian Pentagon digodam. Tentera Amerika kita akan datang, berjaga-jaga, ISIS).

Dilaporkan mesej itu turut mempunyai pautan yang sepatutnya merupakan fail sulit Tentera AS walaupun terdapat petunjuk beberapa fail mungkin sebelum ini untuk paparan umum atau tidak begitu sulit.

Dalam kejadian laman web MAS digodam pada Isnin, kumpulan itu mendakwa telah mengambil maklumat daripada 'server' syarikat penerbangan itu. Ia kemudiannya berkongsi paparan skrin peti mesj dengan jadual penerbangan penumpang.

MAS mengesahkan Domain Name System (DNS) telah dikompromi dan pengguna yang melayari laman web itu telah dialihkan ke sebuah laman web penggodam.

"Pada masa ini, server laman web Penerbangan Malaysia dalam keadaan baik. Syarikat penerbangan itu telah menyelesaikan isu berkenaan dengan penyedia perkhidmatanya dan sistem itu dijangka pulih sepenuhnya dalam masa 22 jam," kata MAS dalam satu kenyatan pada Isnin.

MAS telah melaporkan mengenai isu tersebut kepada Cyber Security Malaysia dan Kementerian Pengangkutan.

Syarikat penerbangan itu berkata gangguan sementara itu tidak menjejaskan tempahan pelanggan dan data mereka kekal selamat. 

Laman web MAS kembali pulih pada Selasa.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan