Kestabilan Kerajaan Penting Untuk Tarik Pelabur - Tun M

Diterbitkan: Selasa, 27 Januari 2015 11:00 PM

Tun Dr Mahathir Mohamad

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Kestabilan kerajaan merupakan faktor yang amat penting untuk menarik pelabur ke sesebuah negara, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata tiada pelabur yang sudi datang ke sesebuah negara yang tidak mempunyai kerajaan yang kuat dan stabil.

Menjawab soalan daripada hadirin selepas menyampaikan ucap utama pada Pameran dan Persidangan Minggu Tenaga Antarabangsa Sarawak ketiga di sini pada Selasa, beliau berkata apabila berlaku pertukaran kerajaan secara mengejut, dasar juga akan berubah secara mengejut atau dasar lama akan diamalkan semula.

"Sekiranya anda sering menukar kerajaan, anda akan mengusir pelabur. Anda juga mengganggu kelicinan fungsi kerajaan," katanya.

Mengenai program pengindustrian Malaysia, Dr Mahathir berkata untuk terus maju, fokus perlu diberi terhadap teknologi tinggi dan aktiviti nilai tambah serta mengurangkan aktiviti berintensifkan buruh.

Dr Mahathir berkata sejajar dengan itu, adalah amat penting bagi kerajaan memberi keutamaan terhadap usaha melahirkan pekerja berpendidikan tinggi.

Mengenai industri minyak dan gas, beliau berkata industri hiliran jauh lebih penting daripada industri huluan.

"Harga minyak akan terus naik turun. Oleh itu, kita perlu memberi fokus terhadap penyelidikan mengenai produk petrokimia dan gas baharu serta aplikasinya.

"Sebagai contoh, sekarang kapal terbang besar diperbuat daripada bahan kopmposit, bukan lagi daripada aluminium.

"Apabila harga bahan komposit jatuh, permintaan terhadapnya akan meningkat bagi menghasilkan semua jenis kenderaan," katnya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan