Pemotongan Kos: KBS Tekankan Aspek 'Value-For-Money' - Khairy

Diterbitkan: Selasa, 27 Januari 2015 11:01 PM

Khairy Jamaluddin

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perbelanjaan untuk program-program besar di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak terjejas dengan pengurangan kos pentadbiran kerajaan.

Menteri berkenaan Khairy Jamaluddin berkata penjimatan perbelanjaan mengurus di bawah KBS lebih tertumpu kepada penjimatan kos pentadbiran, bukan pemotongan program.

"Yang penting kita pastikan value-for-money (nilai untuk wang) daripada perbelanjaan program-program ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan cabang Pemuda Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia (MRCA Youth) di One City, dekat sini, Selasa. 

Beliau turut menegaskan bahawa sebagai langkah penjimatan, semua agensi di bawah KBS perlu mendapatkan kebenaran daripada menteri untuk sebarang lawatan ke luar negara selepas ini. 

Mengenai Parlimen Belia, beliau berkata kabinet telah menerima beberapa usul yang dibentangkannya minggu lepas dengan beberapa kementerian berkenaan akan meneliti perkara yang dibangkitkan. 

Antaranya ialah cadangan berhubung diskaun kad pengangkutan untuk belia, penganjuran Perhimpunan Belia Asean dan pewujudan institut latihan kemahiran asas belia.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan