Bekas Tentera British Temui Wanita Dicari

Diterbitkan: Selasa, 27 Januari 2015 11:11 AM

Warren Holbrook.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Misi bekas tentera British, Warren Holbrook adalah untuk menjejaki seorang wanita rakyat Malaysia yang patut dikahwininya pada 1968 membuahkan hasil.

Wanita berkenaan, Wan Jamilah Wan Hussein, kini menetap di Australia. Bekas abang iparnya berjaya untuk menghubungkan semula Holbrook bersama beliau menerusi panggilan telefon.

Holbrook, di mana kisahnya disiarkan The Star pada Isnin, terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada Wan Jamilah.

"Panggilan pertama yang saya terima daripada bekas abang ipar Jamilah pada kira-kira pukul 9.30 pagi. Dia (bekas abang ipar) di Kuala Lumpur ketika dia menghubungi saya," katanya berusia 69 tahun.

"Pada kira-kira pukul 10.15 pagi, saya mendapat panggilan daripada Jamilah," tambah Holbrook.

"Jamilah kini menetap di Melbourne dan terkejut apabila mengetahui saya sedang mencarinya. Dia gembira dan kami bercakap selama kira-kira 10 minit," katanya, sambil menambah bahawa Jamilah berkahwin dengan seorang rakyat Australia pada 1971 dan dikurniakan dua anak dan seorang cucu.

"Dia mempunyai seorang anak perempuan berusia 41 tahun dan anak lelaki berumur 39 tahun. Saya sekarang ada nombor telefonnya dan kami akan berhubung.

"Jamilah masih pulang ke Pulau Pinang, sekurang-kurangnya sekali setahun, biasanya pada April, untuk menziarahi saudara-maranya," kata Holbrook yang berterima kasih di atas usaha bekas abang ipar Jamilah.

"Saya pernah tinggal bersama dia (bekas abang ipar Jamilah) apabila saya datang dari Kluang, Johor, untuk berjumlah Jamilah (di Pulau Pinang), dan dia akan meminjamkan saya motosikal untuk saya berjumpa dengan Jamilah," katanya mengimbas kembali.

Telefon bimbit Holbrook sering berdering sejak kisahnya disiarkan di The Star.

"Saya terima sejumlah panggilan dan pesanan teks. Ada antara mereka mengucapkan selamat berjaya untuk menjejaki Jamilah, manakala yang lain berkata mereka akan cuba membantu saya mencari Jamilah.

"Malah ada antara mereka mempunyai maklumat dan cadangan bagi membantu dalam mengesan di mana Jamilah berada," katanya.

"Saya bersyukur di atas bantuan dan keprihatinan semua pihak, dan saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua di atas ucapan mereka," kata Holbrook, yang menghabiskan masanya pada pagi isnin dengan menjawab banyak panggilan telefon dan membalas pesanan teks.

Dia turut ditemuramah menerusi panggilan telefon oleh sebuah stesen radio tempatan pada Isnin.

"Saya beritahu mereka semua yang saya telah menemuinya (Jamilah)," kata Holbrook, yang belum berkahwin.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan