Tentera Filipina Cuba Sahkan Kematian Marwan

Diterbitkan: Isnin, 26 Januari 2015 3:48 PM

Zulkifli Hir.

(Ubah saiz teks)

MANILA: Setiausaha Pertahanan Filipina, Voltaire Gazmin pada Isnin berkata, tentera negara itu sedang cuba untuk mengesahkan laporan mengenai kematian pengganas paling dikehendaki di Asia Tenggara, Zulkifli Hir atau lebih dikenali sebagai Marwan.

Marwan dipercayai terbunuh bersama seorang lagi pengganas, Abdul Bassit Usman dalam satu pertempuran antara Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dengan Polis Kebangsaan Filipina (PNP) di bandar Mamasapano di Maguindanao pada Ahad.

"Kami tidak dapat mengesahkan tetapi itu laporan yang kita dapat malam tadi. Menurut laporan tersebut, mereka (PNP) berjaya membunuh Marwan," kata Gazmin yang dipetik oleh media Filipina ketika ditemui pemberita di Kem Aguinaldo pada Isnin.

Gazmin berkata, beliau dan Setiausaha Dalam Negeri dan Kerajaan Tempatan, Mar Roxas dan pegawai bertugas PNP, Timbalan Ketua Pengarah, Leonardo Espina akan berlepas ke Maguindanao dan Cotabato untuk memantau situasi dan mengesahkan laporan mengenai kematian Marwan.

"Kami akan mengesahkannya (laporan). Saya akan ke Cotabato lewat hari ini supaya saya boleh mendapatkan maklumat lebih tepat dan dapat menyebarkan kepada anda mengenainya," kata Gazmin.

Dalam laporan yang dihantar kepada Espina pada Ahad, Pengarah SAF, Ketua Superintendan, Getulio Napenas JR berkata, Pasukan Tindakan Khas berjaya membunuh Marwan kira-kira pukul 2.30 pagi Ahad semasa pertempuran di Barangay Tukanalipao, Mamasapano.

Napenas bagaimanapun, melaporkan mayat Marwan ditinggalkan di kawasan tersebut berikutan tembakan dari kumpulan pemberontak masih lagi kedengaran.

Marwan adalah salah seorang pengganas paling dikehendaki di Asia Tenggara.

Dia dipercayai terlibat dalam beberapa insiden pengeboman dan serangan pengganas di Mindanao membabitkan kumpulan Jemaah  Islamiyah (JI).

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) turut menawarkan AS$5 juta (RM18 juta) yang dapat membawa kepada penangkapan Marwan.

Tags / Kata Kunci: Marwan , JI

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan