Palanivel Sedia Ambil Tindakan Tegas Terhadap 'Penentangnya'

Diterbitkan: Isnin, 26 Januari 2015 7:20 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel sedia mengambil tindakan tegas terhadap penentangnya dalam parti itu yang menghadiri satu mesyuarat khas dengan timbalan presiden pada Sabtu.

Antara yang hadir dalam mesyuarat dengan Datuk Seri Dr S. Subramaniam itu ialah 90 ketua bahagian parti berkenaan.

Menurut Palanivel, sebarang keputusan yang diputuskan dalam mesyuarat itu tidak boleh digunapakai dan menyalahi peraturan parti.

"Seperti yang dinyatakan sebelum ini, saya tidak mengadakan atau membenarkan mana-mana mesyuarat MIC diadakan dan meminta setiap mesyuarat dibatalkan.

"Bagaimanapun, mesyuarat itu (pada Sabtu) telah diadakan walaupun tanpa kebenaran saya," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mendakwa, mesyuarat itu tidak sah di sisi undang-undang kerana bertentangan dengan perlembagaan parti.

"Oleh itu, apa-apa keputusan dan resolusi yang dibuat dalam mesyuarat tersebut tidak sah dan menyalahi undang-undang," katanya.

Dr Subramaniam sebelum ini memberitahu, mesyuarat bersama 90 ketua bahagian MIC itu telah memutuskan untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyelesaikan masalah seperti yang ditimbulkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) baru-baru yang mengarahkan parti itu mengadakan semula pemilihan barisan pucuk pimpinan.

Pada 5 Disember lalu, ROS telah membatalkan pemilihan bagi jawatan tiga naib presiden parti itu serta 23 jawatankuasa kerja pusat yang diadakan pada Perhimpunan Agung MIC November 2013.

ROS selain itu turut mengarahkan pemilihan baru diadakan dalam tempoh 90 hari dari tarikh surat pemberitahuan itu dikeluarkan.

Dr Subramaniam turut menafikan dakwaan bahawa beliau cuba membawa  bekas presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu dan pengikutnya untuk kembali menerajui MIC.

Beliau berkata, cadangan supaya Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) 2009-2013 mengambil alih parti sehingga CWC baru dipilih adalah berdasarkan perlembagaan parti.

"Ia berdasarkan undang-undang. Saya tidak tahu siapa yang ada (jawatan) dalam CWC, "katanya.

Beliau juga telah mencadangkan bahawa mereka yang telah menang tanpa bertanding pada tahun 2013 - termasuk Presiden, timbalan presiden, ketua wanita dan ketua pemuda untuk terus berkhidmat dalam CWC.

Tags / Kata Kunci: MIC , ROS

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan