Laman Sesawang MAS Tidak Digodam

Diterbitkan: Isnin, 26 Januari 2015 11:38 PM

Komputer menunjukkan laman sesawang MAS digodam di sebuah kafe di Petaling Jaya.Foto: AP

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) memberi jaminan kepada pelanggan-pelanggan bahawa laman sesawangnya tidak digodam.

Syarikat penerbangan itu berkata gangguan sementara itu tidak menjejaskan tempahan pelanggan dan data mereka kekal selamat.

Dalam satu kenyataan, MAS berkata apa yang berlaku pelanggan yang melayari internet dan ingin memasuki laman sesawang syarikat itu www.malaysiaairlines.com telah dilencongkan ke laman sesawang penggodam.

"Setakat ini, pelayan Malaysia Airlines tidak diganggu," kata MAS.

Menurut kenyataan itu MAS telah menyelesaikan isu itu dengan penyedia perkhidmatan dan masalah laman sesawangnya dijangka akan pulih sepenuhnya.

Ia berkata perkara itu telah dilaporkan segera kepada Cyber Security Malaysia dan Kementerian Pengangkutan.  -BERNAMA

Tags / Kata Kunci: MAS , Godam

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan