Laman Web MAS Digodam - Berita Semasa | mStar

Laman Web MAS Digodam

Diterbitkan: Isnin, 26 Januari 2015 11:41 AM

Laman web MAS digodam oleh kumpulan "Cyber Caliphate".

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Laman web syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) digodam oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Cyber Caliphate' pada pagi Isnin.

Halaman utama laman web tersebut digantikan dengan sekeping foto sebuah pesawat Airbus A380 milik syarikat penerbangan tersebut dengan perkataan '404 - Plane Not Found'.

Cyber Caliphate turut memasukkan akaun Twitter @umgrobert dan @umg_chris sebagai orang yang boleh dihubungi. 

Nama lain yang disenaraikan dalam laman web itu adalah Lizard Squad, UGNazi, NATHAN NYE dan HENRY BLAIR STRATER.

The Star Online cuba untuk mendapatkan maklum balas MAS berhubung dakwaan itu.

Sehingga pukul 11 pagi, beberapa pengguna boleh mengakses laman web itu manakala ada pengguna yang masih melihat versi laman web yang digodam tersebut.

Beberapa pengguna mudah alih cuba untuk mengakses laman web itu tetapi berdepan masalah Error 521.

Tags / Kata Kunci: MAS , godam
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan