Pengurangan Perbelajaan Kerajaan: Tiada Had Ditetapkan Terhadap Kementerian

Diterbitkan: Isnin, 26 Januari 2015 1:35 PM

Ahmad Husni Hanadzlah.

Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tiada jumlah perbelanjaan tertentu ditetapkan untuk setiap kementerian berikutan pengumuman pemotongan perbelanjaan mengurus sebanyak RM5.5 bilion oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pengubahsuaian Bajet 2015.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, jumlah pemotongan RM5.5 bilion itu adalah angka yang diberikan secara keseluruhan dan setiap kementerian bertanggungjawab berbelanja mengikut keutamaan.

"Kita tak lihat dari segi pengurangan mengikut kementerian.

"Kementerian A mungkin pengurangannya (belanja) berbeza dengan kementerian B, apa yang kita lakukan kita lihat keutamaan dalam perbelanjaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-33, di sini, Isnin.

Hadir sama Datuk Ahmad Maslan, dua timbalan menteri Datuk Ahmad Maslan dan Datuk Chua Tee Yong serta Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Seri Khazali Ahmad.

Menurut Ahmad Husni berkata setiap kementerian tahu membezakan perbelanjaan yang penting dan perlu didahulukan dengan perbelanjaan yang kurang penting.

"Kita tahu perbelanjaan ada yang tak boleh tidak dan mesti dibelanjakan.

"Ada perbelanjaan yang boleh kita tangguh, misalnya nak beli kereta atau peralatan...ini kita boleh tangguhkan atau ada bentuk-bentuk latihan, ini kita beri keutamaan," katanya.

Dalam perutusan khas mengenai perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara minggu lalu, Najib berkata perbelanjaan mengurus dijangka dikurangkan sebanyak RM5.5 bilion, dengan mengutamakan perbelanjaan yang benar-benar diperlukan sahaja.

Bagaimanapun perbelanjaan pembangunan berjumlah RM48.5 bilion yang diperuntukkan tidak berubah.

Dalam perkembangan lain, beliau turut mengulas mengenai kejatuhan berterusan nilai ringgit dan kesannya terhadap hutang negara.

Katanya, komposisi hutang negara dengan luar negara adalah sangat kecil.

"Dalam erti kata lain kita tak terjejas dari segi pertukaran asing,  kita punya pinjaman adalah domestik jadi ia tak terjejas dari segi itu," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan