Tindakan Merotan: Perlu Pandangan Pelbagai Pihak -Muhyiddin

Diterbitkan: Isnin, 26 Januari 2015 9:53 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mendapatkan pandangan pelbagai pihak termasuk Wanita Umno selain orang ramai berhubung cadangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menetapkan tindakan merotan kanak-kanak sebagai kesalahan jenayah dalam Rang Undang-Undang Kanak-Kanak baharu. 

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin berkata pelbagaipolemik yang timbul daripada banyak pihak berhubung cadangan itu merupakan sesuatu yang sihat dan perlu diperhalusi sebaiknya.

"Ada yang kata ini baik, setuju nak pinda, ada yang kata ini tak sesuai. Ada yang kata daripada sudut Islam pun tidak ada halangan untuk kita merotan anak kita tapi dengan cara yang bijaksana, jangan sampai mendera hingga membawa kesan buruk.

"Ada yang bukan Islam kata, patut merotan kerana mereka kata kalau anak itu dah terlalu nakal itulah cara terbaik tapi jangan sampai mendera sehingga boleh menyebabkan sakit kepada anak atau merosakkan mereka," katanya pada sidang media di sini, selepas mempengerusikan mesyuarat khas bencana banjir kilat dan tanah runtuh yang melanda Cameron Highlands.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata walaupun isu rotan itu masih dalam peringkat cadangan oleh kementerian berkenaan dan belum dibentangkan ke kabinet, kerajaan terbuka untuk menerima pandangan semua pihak.

"Daripada sudut kerajaan boleh terima pandangan itu kerana sampai satu tahap akan ambil kira pandangan umum sebelum pindaan dilaksanakan," katanya.

Timbalan perdana menteri berkata demikian sebagai mengulas cadangan kementerian terbabit untuk memasukkan peruntukan yang lebih terperinci mengenai tindakan yang boleh menyebabkan kecederaan fizikal atau mental kepada kanak-kanak termasuk perlakuan merotan dalam Rang Undang-Undang Kanak-Kanak baharu.

Tindakan memperhalusi undang-undang itu adalah selaras dengan cadangan untuk memansuhkan Seksyen 91(1)(g) Akta Kanak-Kanak 2001 yang buat masa ini, mahkamah dibenarkan untuk menjalankan hukuman sebatan ke atas kanak-kanak yang didapati bersalah.-BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Rotan Kanak-Kanak

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan