Pilihan Raya PBT Di P.Pinang Bukti Kerajaan Negeri Tamak Kuasa

Diterbitkan: Ahad, 25 Januari 2015 3:34 PM

Datuk Zainal Abidin Osman

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Umno Pulau Pinang menyifatkan tindakan kerajaan negeri yang mahu melaksanakan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini sebagai sikap tamak kuasa.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman berkata cadangan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang mahu pilihan raya itu diadakan juga membuktikan mereka mahu memegang kuasa pentadbiran di peringkat ketiga.
 
"Hakikatnya pilihan raya PBT memang tidak sesuai diadakan kerana ia mampu menimbulkan pergolakan kuasa dalam pentadbiran dalaman. Apabila kita mendedahkan PBT kepada hal ehwal politik, kita juga sebenarnya menggadaikan masa depan pengurusan pentadbiran negeri.

"Selepas ini, beribu-ribu orang hanya pandai berpolitik tetapi tidak boleh buat kerja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Keluargaku Ahli Umno dan Daftar Pemilih, di bangunan Tranformasi Umno Permatang Pauh, di sini Ahad.

Turut hadir Setiausaha Umno negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said.

Isu pilihan raya PBT menjadi polemik hangat apabila DAP ingin melaksanakan cadangan itu di Pulau Pinang selepas ia dimansuhkan kerajaan pusat pada 1976.
 
Bagaimanapun, ia ditentang pelbagai pihak termasuk rakan sekutunya, PAS, yang mendakwa pelaksanaan pilihan raya PBT itu akan mencetuskan insiden rusuhan kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969.
 
Sementara itu, Zainal Abidin berkata Umno Pulau Pinang berjaya mendaftarkan sebanyak 3,500 pemilih baharu dalam tempoh tiga bulan sejak Oktober tahun lepas menerusi Fasa 1 Program Daftar Pemilih Negeri.
 

Katanya jumlah memberangsangkan itu membuktikan Umno masih kekal relevan kepada masyarakat Melayu Pulau Pinang.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan