Lagi Bantahan Terhadap Cadangan DAP Bagi Pilihan Raya PBT

Diterbitkan: Ahad, 25 Januari 2015 7:41 PM

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang diperjuangkan DAP yang dilihat boleh menjurus kepada berlakunya perpecahan kaum, terus diselar pemimpin PAS.

Anggota Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, adalah tidak adil apabila DAP sahaja yang memperjuangkan dasar partinya itu, namun dalam masa sama menentang hasrat PAS untuk melaksanakan Undang-Undang Jenayah Syariah II (Hudud) di Kelantan.

"Soal sekarang, ketika PAS mengambil sikap sama di Kelantan, mengapa PAS dikata mencabul kesepakatan dalam PR (Pakatan Rakyat),?

"Jika Pulau Pinang berjaya mengadakan pilihan raya PBT, adakah PAS akan menganggap ia mencabul PR.

"Boleh DAP terima kami di Kelantan jika begitu? Bertindak demokratik la bro...," katanya dalam catatan terbaharu di laman sosial Facebook miliknya pada Ahad.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini dilaporkan berkata, tindakan DAP yang memperjuangkan pilihan raya PBT boleh melebarkan jurang penguasaan ekonomi di antara penduduk bandar dan desa sehingga boleh mengulangi rusuhan kaum 13 Mei.

Sementara itu, Pensyarah Kanan di Sekolah Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata pentadbiran PBT sekarang pun sudah dilakukan secara demokratik.

Ini kerana anggota majlis PBT sesebuah negeri dilantik oleh parti yang memegang  tampuk pemerintahan sesebuah negeri, katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan