Pembantu Rumah Indonesia: Fi Melambung Tinggi

Diterbitkan: Sabtu, 24 Januari 2015 10:08 AM

Bayaran yang dikenakan untuk setiap pembantu rumah Indonesia berlipat ganda berbanding kos sebenar.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Majikan Malaysia dilihat semakin terdesak apabila sanggup membayar antara RM14,000 dan RM15,000 untuk fi agensi dan lain-lain kos hanya untuk mendapatkan pembantu rumah Indonesia.

Dan, dijangka situasi ini lebih buruk sejak bayaran visa untuk pekerja Indonesia ke negara ini naik 15 kali ganda bulan lalu, dakwa Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa).

Agensi pembantu rumah memberitahu, rakan mereka di Indonesia menaikkan fi kerana kerajaan gagal menguatkuasa perjanjian yang ditandatangani pada 2013 yang menetapkan RM7,800 untuk setiap pembantu rumah.

Presiden Papa, Jeffrey Foo berkata, masih ada kekurangan bekalan pembantu rumah Indonesia di sini kerana situasi yang dihadapi sekarang.

"Kebanyankan agensi tidak mahu membawa masuk pembantu rumah Indonesia kerana harga yang ditetapkan pihak di negara sumber itu terlalu tinggi.

"Mereka menetapkan antara RM9,000 dan RM10,000 untuk mencari, melatih dan menghantar pembantu rumah berkenaan ke sini.

"Bagaimana mungkin dapat kami bekalkan pekerja seperti itu pada harga yang munasabah apabila kos untuk membawwa mereka ke sini juga terlalu tinggi," katanya.

Naib Presiden Papa, Foo Yong Hooi pula mendakwa kos untuk mendapatkan pembantu rumah Indonesia akan meningkat kerana fi visa untuk pekerja negara jiran itu meningkat 15 kali ganda.

"Bayaran visa naik dari 57,000 rupiah kepada 859,000 rupiah (RM16.50 kepada RM246) untuk setiap pekerja," katanya.

Menurut perjanjian antara kerajaan, agensi Indonesia sepatutnya mengenakan caj sebanyak RM5,000 untuk setiap pembantu rumah.

"Tetapi, agensi berkenaan ketika ini hanya membekalkan pekerja asas dasar 'rela membeli, rela menjual', bermakna sesiapa yang hanya sedia membayar harga tinggi sahaja akan dibekalkan pembantu rumah.

"Pembantu rumah Indonesia juga mendapat permintaan tinggi di negara lain di mana majikan membayar gaji yang lebih tinggi menyebabkan ramai yang enggan bekerja di sini," katanya.

Pembantu rumah Indonesia di Malaysia dibayar RM700 hingga RM800 sebulan, manakala di Singapura mereka memperoleh S$500 (RM1,340).

Ditanya kenapa majikan di Singapura hanya membayar S$2,000 (RM5,360) kepada agensi untuk mendapatkan pembantu rumah Indonesia, sedangkan harganya meningkat di sini, Yong Hooi berkata, ia berlaku kerana fi agensi di sini tidak dikawal kerajaan.

"Majikan Singapura membayar gaji tinggi jadi agensi Indonesia tidak akan mengenakan caj yang tinggi untuk pembayaran fi," katanya.



Tags / Kata Kunci: pembantu rumah , Indonesia , Papa , Jefferey Foo

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan