90 Ketua Bahagian MIC Setuju CWC 2009-2013 Urus Parti Buat Sementara

Diterbitkan: Sabtu, 24 Januari 2015 11:06 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 90 ketua bahagian MIC sebulat suara bersetuju supaya Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti bagi 2009-2013 dipilih menguruskan MIC untuk tempoh sementara sehingga CWC baharu dipilih.

Keputusan itu dibuat dalam perjumpaan tertutup selama lebih empat jam antara ketua-ketua bahagian berkenaan bersama Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam, Naib Presiden Datuk M. Saravanan serta beberapa pemimpin parti itu di sebuah hotel di sini.

Dr Subramaniam berkata pertemuan itu juga memutuskan mereka yang menang tanpa bertanding pada pemilihan parti di Melaka pada 2013 termasuk presiden, timbalan presiden, ketua Wanita dan ketua Pemuda terus berada di dalam CWC berkenaan.

"Mengikut sistem perundangan dan amalan yang dibuat dalam keadaan sedemikian pada masa dahulu, CWC yang boleh menguruskan parti buat sementara waktu ialah CWC pada masa 2013.

"Dan mereka yang telah menang tanpa bertanding, tidak ada isu (untuk berada dalam CWC sementara itu)," katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu di sini, Sabtu malam. MIC mempunyai 135 bahagian di seluruh negara.

Dr Subramaniam, yang juga Menteri Kesihatan, berkata satu jawatankuasa khas melibatkan wakil-wakil daripada negeri juga akan ditubuhkan bagi mendapatkan pandangan serta berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dalam menyelesaikan kemelut MIC.

Beliau berkata jawatankuasa itu akan ditubuhkan dalam tempoh sehari dua lagi dengan penyertaan 20 hingga 25 anggota dari seluruh negara.

"Kita akan berkongsi dengan presiden parti (Datuk Seri G. Palanivel) mengenai keputusan hari ini," katanya.

Ditanya sama ada usul undi tidak percaya terhadap presiden dibangkitkan  ketua bahagian yang hadir hari ini, Dr Subramaniam berkata beliau tidak memberi kebenaran untuk isu itu diperbahaskan kerana ia bukan tujuan pertemuan berkenaan diadakan.

Sebaliknya, beliau berkata pertemuan itu dilakukan atas gesaan ketua-ketua bahagian khususnya di Selangor yang meminta pimpinan tertinggi parti memberi penjelasan mengenai masalah yang dihadapi MIC ketika ini.

Ditanya mengapa presiden parti tidak hadir memberikan penjelasan itu, Dr Subramaniam berkata Palanivel maklum mengenai pertemuan itu dan beliau sendiri (Dr Subramaniam) mengharapkan supaya pemimpin nombor satu parti itu hadir pada majlis berkenaan.

Pada 5 Disember, ROS mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula bagi tiga jawatan naib presiden dan 23 anggota CWC dalam tempoh 90 hari selepas mendapati wujud salah laku dalam pemilihan pada Perhimpunan Agung MIC di Melaka pada 30 November, 2013.

Tags / Kata Kunci: MIC , CWC , Subramaniam , ROS

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan