JPJ Jangka Bayaran Untuk Lesen Kereta, Motosikal Turun

Diterbitkan: Sabtu, 24 Januari 2015 3:49 PM

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  menjangka kadar bayaran untuk mendapatkan lesen memandu kereta dan motosikal akan turun berikutan peraturan baharu yang menetapkan pemohon lesen hanya perlu menduduki satu ujian undang-undang.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pihaknya akan membuat beberapa perubahan dalam sistem komputer sebelum melaksanakan sistem satu ujian undang-undang itu.

"JPJ akan laksanakan secepat mungkin untuk kemudahan pelbagai pihak dan saya rasa harga untuk mengambil lesen memandu kereta dan motosikal selepas ini lebih murah sedikit," katanya kepada pemberita selepas Program Satu komuniti Satu JPJ, di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Muda, Penaga di sini, Sabtu.

Program tranformasi JPJ dalam usaha memberikan perkhidmatan yang lancar kepada penduduk di luar bandar itu dirasmikan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Semalam, Kementerian Pengangkutan memutuskan individu yang ingin mengambil lesen memandu kereta dan motosikal kini hanya perlu menduduki satu ujian undang-undang.

Sebelum ini, mereka yang ingin mengambil lesen kereta dan motosikal perlu mempelajari modul kereta dan modul motosikal berasingan serta menduduki dua ujian berasingan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ismail menafikan laporan sebuah portal berita yang melaporkan kemalangan maut melibatkan empat orang di Melaka disebabkan sebuah kereta diburu JPJ.

Beliau berkata hasil siasatan pihaknya mendapati empat anggota JPJ yang menjalankan tugas rondaan terserempak dengan kemalangan itu dan memberi bantuan sementara menunggu polis tiba ke tempat kejadian.

"Berita yang disiarkan itu adalah satu tomahan kepada JPJ dan sebenarnya tiada keperluan untuk penguat kuasa agensi berkenaan mengejar kenderaan berkenaan kerana ia bukan kes jenayah.

"Pihak JPJ juga telah mendapatkan maklumat daripada polis dan bomba di sana (Melaka), mereka maklumkan tiada laporan kereta terlibat dalam kemalangan itu dikejar oleh penguat kuasa kami," katanya.

Dalam kejadian itu, empat sekeluarga maut setelah kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan dua kereta lain di Kampung Bukit Gereja, Jalan Serkam Pantai, Merlimau, Melaka, petang semalam.

Portal berita berkenaan melaporkan sebuah daripada kereta yang terlibat dalam kemalangan itu adalah kenderaan yang diburu JPJ sebelum melanggar kereta Perodua Kancil berkenaan.


Tags / Kata Kunci: JPJ , lesen , Ismail Ahmad , ujian undang-undang

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan