Ancaman IS Di Sabah Terkawal - Hishammuddin

Diterbitkan: Sabtu, 24 Januari 2015 12:25 AM

Hishammuddin Tun Hussein.

(Ubah saiz teks)

LABUAN: Ancaman kumpulan militan Islamic State (IS) di Sabah akan menjadi serius jika tiada langkah proaktif diambil untuk memeranginya, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata Malaysia melihat ancaman ini sebagai perkara yang serius dan  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah membentangkan Kertas Putih mengenai ancaman IS di Parlimen November lalu.

"Sekurang-kurangnya kita bertanya soalan (tentang bagaimana untuk melawan ancaman), sekurang-kurangnya kita mempersiapkan diri. 

"Jauh berbeza daripada apa  yang sedang dihadapi oleh negara-negara lain," katanya kepada pemberita selepas melawat Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Labuan, di sini, Jumaat.

Hishammuddin yang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Labuan dan Sabah berkata keseriusan kerajaan dalam menangani perkara itu juga ditunjukkan dengan memaklumkan kepada rakyat mengenai jumlah rakyat yang telah ditahan kerana terlibat dengan kegiatan IS.


Beliau berkata hasil maklumat risikan, saki baki militan Darul Islam masih menjadikan pantai timur Sabah sebagai tempat mengembangkan ideologi mereka yang sealiran dengan IS.

Hishammuddin berkata terdapat pula kumpulan bersenjata dari selatan Filipina seperti Pejuang Pembebasan Islam Bangsamoro dan Abu Sayyaf yang telah membuat kenyataan terbuka menyokong perjuangan IS dan mengisytiharkan kesetiaan kepada kumpulan militant itu.

Katanya, ancaman ini menjadi lebih kompleks apabila wujud rangkaian antara militan Malaysia, Indonesia dan Filipina untuk membentuk kumpulan IS Asia Tenggara yang dikenali sebagai Katiban Nusantara Lid Daulah Islamiyah.

"Penggabungan ini jika berlaku akan mempertingkatkan keupayaan kepakaran dalam membuat bahan letupan, aspek bantuan logistik, dana dan latihan persenjataan peperangan," katanya.

Beliau menjelaskan, ancaman-ancaman yang wujud ini menuntut kerajaan dan Kementerian Pertahanan melaksanakan pelbagai inisiatif dan pendekatan bagi memperkasakan pertahanan dan keselamatan di Sabah berdasarkan pengalaman insiden pencerobohan di Lahad Datu.

Katanya, ini termasuk menaik taraf Pangkalan Udara Labuan sebagai lokasi strategik menjaga ruang udara negara khususnya di Sabah dan menambah baik sistem persenjataan beberapa aset udara.

Tags / Kata Kunci: Hishammuddin Tun Hussein , militan IS

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan