Palanivel Kecam Subra, Ahli MIC Atas Tuduhan Berniat Jahat

Diterbitkan: Jumaat, 23 Januari 2015 5:00 PM

G. Palanivel.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel mengecam Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan beberapa pemipin serta ahli parti itu kerana terus-menerus menyebarkan 'dakwaan dan maklumat yang tidak tepat' kepada pihak media.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat, Palanivel berkata sebelum ini beliau telah menggesa mereka yang membuat tuduhan dan komen menghina berhubung kedudukan parti itu dan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) agar berhenti daripada terus melemparkan tuduhan berkenaan.

"Bagaimanapun, ia tidak berlaku. Malah timblan presiden, salah seorang naib presiden serta beberapa pemimpin lain turut menyebarkan beberapa dakwaan dan tuduhan yang tidak benar kepada media," katanya.

Beliau berkata, ada pihak yang menyebarkan khabar angin mengenai surat yang dikeluarkan oleh ROS kepada MIC pada 5 Disember dan menjelaskan bahawa kandungan surat tersebut hanyalah cadangan semata-mata.

"Namun, ada pihak yang mempunyai agenda tersendiri dan memberikan gambaran yang tidak tepat mengenai isi kandungan surat tersebut kepada media, hingga menyebabkan saya terpaksa mengambil tindakan segera.

"Matlamat saya adalah untuk menjaga kepentingan dan hak MIC serta tuduhan yang dilemparkan terhadap saya," katanya.

Selain Subramniam, Naib Presiden MIC, Datuk M. Saravanan dan Pengarah Strategik, Datuk Seri S. Vell Pari juga telah membuat kenyataan media mengenai cara pucuk pimpinan parti menyelesaikan krisis dalaman yang berlaku dalam MIC.

Beliau berkata, parti telah melantik peguam untuk melihat isu berkenaan dan telah mengeluarkan surat pada 24 Disember2014 memohon penjelasan daripada ROS.

"ROS telah membalas surat berkenaan pada 31 Disember, dan buat pertama kali mereka telah mengeluarkan notis di bawah Seksyen 16 (1) Akta Pertubuhan, 1966 yang mempertikaikan kesahihah mereka yang memegang jawatan berkenaan dalam MIC.

"Menurut notis berkenaan, pembatalan keputusan tersebut adalah disebabkan berlaku kepincangan dalam pemilihan parti bagi jawatan naib presiden dan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) yang diadakan pada 2013," katanya sambil menambah parti telah memohon kepada ROS supaya melanjutkan tempoh berkenaan hingga 2 Januari dan perkara tersebut telah pun dipersetujui.

"Peguam kami juga telah meneliti secara terperinci surat yang dikeluarkan ROS pada 31 Disember dan menyatakan wujud kecacatan dalam notis bereknaan dan ia salah dari segi undang-undang," kata Palanivel.

Beliau berkata ia menyebabkan parti terpaksa mengeluarkan surat dan merayu kepada Menteri Dalam Negeri.

Tambahnya, pada ketika ini parti sedang menanti jawapan daripada menteri, dan tindakan selanjutnya yang akan diambil adalah berdasarkan keputusan berkenaan.

Tags / Kata Kunci: MIC , Palanivel , Subramaniam

iklan

Video

Jumaat, 28 Julai 2017 8:18 PM

Tautan Kasih Siti Saleha & Lutfi

Jumaat, 28 Julai 2017 3:00 PM

Zahid Terpaksa Kerja Keras!

Jumaat, 28 Julai 2017 12:24 PM

Atmosfera Tak Cukup Popular?

Jumaat, 28 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: Najwa Latif - KAMU

Khamis, 27 Julai 2017 3:00 PM

Aksi Separuh Bogel Tu Kisah Lamalah!

Khamis, 27 Julai 2017 12:30 PM

Mal Imran Artis Bermusim?

Khamis, 27 Julai 2017 9:00 AM

Panas! Hisyam Hamid & Aaron Aziz Bergaduh?

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Kolumnis

iklan

Iklan